ReformIS

[ Contents | Post ]

Anwar Dihalang Buat Kenyataan !

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 10:51:13

Comments

Anwar Dihalang Buat Kenyataan !

Berita terbaru yang diterima oleh MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 ialah bahawa calon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam kawalan rapi dan tidak dibenarkan memberi surat atau sebarang mesej kepada keluarganya.

Itulah sebabnya walaupun pilihanraya sudah lima belas hari berlangsung namun masih tidak ada khabar berita daripada Anwar.

Difahamkan, mahkamah sedikit keliru tentang tindakan lanjut kerana sebelum ini hakim Datuk Ariffin Jaka mendapat arahan langsung daripada MAHAFIRAUN melalui Setiausaha Politiknya Senator Datuk Aziz Shamsuddin.

Setelah Aziz masuk hospital, Ariffin tidak senang duduk kerana belum menerima arahan yang jelas.

Semalam, MAHAFIRAUN melantik bekas Ketua Pemuda UMNO Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai "liaison man" baru antara dirinya dan Ariffin. Rahim akan memberi arahan kepada Ariffin untuk memenjarakan Anwar selama tiga tahun.

Sementara itu, menurut sumber dalam Jabatan Penjara, layanan terhadap Anwar bertambah buruk hari demi hari.

Last changed: December 15, 1999