From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 10:48:14
Ibu Audrey Melissa Batinathan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (Perempuan) yang dibunuh dan dirogol Mei lepas, menyaman pengetua sekolah itu yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.
Margaret Francis, 42, seorang artis grafik, memfailkan writ saman serta pernyataan tuntutannya di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Rusmah Arunan & Associates, kira-kira pukul 2.30 petang.
+ Bagus tindakan ibu ini. Ini yang sepatutnya dilakukan kerana hak rakyat kian terhakis.