ReformIS

[ Contents | Post ]

Kementerian Pendidikan, Yang Tersurat Dan Tersirat

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 10:08:52

Comments

Kementerian Pendidikan, Yang Tersurat Dan Tersirat

MENTERI Tan Sri Profesor Musa Mohamad

TIMBALAN MENTERI Dato' Abdul Aziz Shamsuddin

SETIAUSAHA PARLIMEN Dato' Profesor Mahadhir Mohd Khir

Pengenalan Telah menjadi perbualan umum, salah satu sektor utama pendokong dan penyokong serta penggerak GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF adalah terdiri dari golongan PENDIDIK. Samada di peringkat Sekolah Rendah , Menengah mahupun di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Golongan Pensyarah, Mahasiswa, Guru dan Pelajar adalah watak - watak penting , yang menjadi tenaga utama dalam pilihanraya ke - 10 yang baru lalu. Cara mana kumpulan ini bergerak, mengatur strategi, perang saraf, berkomunikasi , bermesyuarat, membuat pelan tindakan dan bertindak banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran masing - masing.

Realitinya, tidak ada satu badan yang khusus yang mengorganisasikan sektor ini. Ini yang membenggangkan MAHAFIRAUN dan kuncu - kuncunya kerana sukar untuk bertindak . Syabas kepada para pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti, mahasiswa, pendidik dan pelajar sekalian. Tugas dan tanggungjawab yang telah dilakukan amat berjaya dan berkesan sekali.

Post Mortem pilihanraya ke - 10 masih dijalankan oleh semua pihak, samada Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif, bagi mencari punca kepada kekalahan ataupun kemenangan. Hasilnya satu pelan tindakan, yang samada konkrit atau tidak , akan dikemukakan untuk tindakan selanjutnya , bagi menghadapi pilihanraya ke - 11 , pada tahun 2004 yang tidak berapa lama lagi.

MAHAFIRAUN berjaya mengesan salah satu segmen terpenting yang telah berjaya melemahkan BN, khusunya UMNO, iaitu, sebaik saja pilihanraya selesai, malah sebelum pilihanraya diadakan lagi, ialah cabang PENDIDIKAN.

Tumpuan utama dan khusus mesti diberikan segera. Ini kerana komponen PENDIDIKAN mengandungi kumpulan pengkaji, perancang, pakar perang saraf, pemikir, penggempur dan strategis yang terdiri daripada para pensyarah guru , mahasiswa dan pelajar. Ia juga mengandungi kumpulan pengundi yang terbesar, iaitu, belia dan remaja samada di Institusi pengajian tinggi atau pun pelajar di sekolah menengah yang berada di tingkatan 4 dan 5 [ yang bakal menjadi pengundi - pengundi baru, pada pilihanraya ke - 11 nanti ]

Dalam keadaan sekarang ini, dimana UMNO telah kehilangan sejumlah besar ahlinya, dianggarkan oleh setengah - tengah pihak sehingga 2/3 [ 2 per 3 ] daripadanya dari jumlah " 2.78 juta "orang [ seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agungnya yang baru Tan Sri Khalil Yaakub ] telah MENINGGALKAN UMNO. Daripada 2/3 yang keluar itu, 1/2 daripadanya telah menyeberangi PAS manakala 1/2 lagi telah mengisi borang KeADILan. Jadi kekuatan sebenar UMNO tinggal 1/3 daripada " 2.78 juta " itu.

Angka " 2.78 juta " itu pun sebenarnya angka yang telah dimanipulasi, iaitu termasuk di dalamnya, ahli yang telah meninggal dunia, ahli di bawah umur yang didaftarkan oleh ibubapa yang menjadi ahli UMNO, ahli yang telah keluar parti tetapi masih dalam senarai ahli parti, contohnya, Sdr. YB En. Mohd Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang dan lain - lain lagi.

UMNO perlu dan MESTI menggantikan ahlinya yang telah keluar parti dan yang masih ada dalam parti [ yang menjadi mata dan telinga kepada BARISAN ALTERNATIF ] sebelum tahun 2004.

Untuk itu, bekalan tambahan ahli UMNO hanya dapat diperolehi daripada sumber pasaran baru , iaitu , pelajar - pelajar di peringkat sekolah Menengah hatta peringkat sekolah rendah. Golongan lepas sekolah, 18 tahun ke atas dan remaja serta dewasa sudah memasuki kem BARISAN ALTERNATIF. Yang masih kekal bersama UMNO ialah golongan tua dan veteran, yang berusia 50 tahun ke atas, dan sebahagian besarnya terdiri dari golongan pencen 55 tahun ke atas. Diusia begini umur sudah tak panjang lagi. Sekali atau dua kali pilihanraya lagi, mereka ini akan " pergi " , siapa lagi yang akan menjadi ahli UMNO dan menyokong perjuangannya.

Tidak mungkin UMNO akan membuka keahliannya kepada kaum cina dan india ataupun pendatang asing Bangladesh, Thailand, Filipina, atau Burma. Walaupun diketahui umum, mengikut maklumat yang disalurkan oleh Pemantau, BUDI, atau dalam Internet, pengundi - pengundi hantu yang telah "MEMENANGKAN " UMNO dan BN adalah terdiri dari orang - orang BANGLADESH, THAILAND, FILIPINA DAN BURMA selain dari sokongan orang - orang CINA dan INDIA.

Kemungkinan juga, untuk menglobalisasikan UMNO , bagi mengganti orang - orang Melayu yang telah keluar daripadanya, UMNO perlu dibuka kepada semua bangsa di dunia. Dengan itu, cawangan - cawangan UMNO di luar negeri dapat dibuka di seluruh dunia dan tidak terhad kepada Kelab - kelab UMNO di Britain, USA, Australia, Kaherah dan lain-lain sahaja .

Ini telah dilakukan di Sabah, di mana semua kaum Bumiputra berhak dan layak menjadi ahli UMNO, samada dari kaum Dusun Kadazan, Bajau. Murut, Melanau, Iban dan lain-lain . Parti UMNO "United Malay National Organisation " sudah dibuka oleh MAHAFIRAUN untuk lain - lain kaum Bumiputra dan tidak terhad kepada orang - orang Melayu sahaja. Mungkin cadangan di atas tidak pelik untuk dibuat oleh MAHAFIRAUN, kerana, dengan semangat "MALAYSIA BOLEH " sudah tidak ada yang tidak boleh didunia ini. Semuanya boleh.

Hanya dengan itu, UMNO akan terus hidup di atas muka bumi ini.

Jadi untuk menghadapi KEPUPUSAN ahli - ahlinya, cadangan yang dirasakan relevan adalah dengan menurunkan syarat umur untuk menjadi ahli kepada 16 tahun [ tingkatan 4 ] akan dibuat semula dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan dalam bulan April 2000 nanti. Cadangan itu telah dibuat oleh Naib Presiden UMNO " 241 " Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama dulu.

Selaras dengan itu, tengoklah kalau tak percaya, had umur mengundi juga akan diturunkan kepada 16, 17 atau 18 tahun [ selaras dengan tuntutan BARISAN ALTERNATIF ].

Perubahan yang dilakukan oleh MAHAFIRAUN, menunjukkan beliau merupakan seorang ahli politik yang cekap, licik dan masih bergeliga serta cepat bertindak.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang yang tidak mempunyai pengaruh, bukan tokoh politik apatah lagi bukan ahli parlimen dilantik menjawat jawatan kanan dalam kabinet , sebagai MENTERI PENDIDIKAN. Pada zaman MAHAFIRAUN semuanya boleh. Demi KUASA, PANGKAT, HARTA dan KEDUDUKAN, semuanya boleh. MALAYSIA BOLEH. Politik menghalalkan cara.

Berbalik kepada perlantikan Tan Sri Musa Mohamad, Dato' Aziz Shamsuddin dan Dato' Profesor Mahadhir Mohd Khir, kita perlu melihat dri dua sudut iaitu , Positif dan Negatifnya.

Bilamana kita melihat dari sudut yang baik, atau positif, saya sendiri mengalu - alukan perlantikan Tan Sri Prof. Musa Mohamad sebagai Menteri Pendidikan. Ianya sebenarnya sudah terlambat. Sepatutnya dari dahulu lagi, sebaik saja Malaysia mencapai merdeka pada tahun 1957, usaha mengisi kemerdekaan dan membangunkan negara dipikul oleh orang yang ahli dalam bidangnya dan berkelayakan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Ianya bukan saja terhad di bidang pendiidkan. Seharusnya merangkumi semua bidang, samada agama, pertanian, perumahan, ekonomi, kewangan, pertahanan, belia, sukan, kebudayaan, masyarakat, sains, teknologi, alam sekitar, tenaga, telekomunikasi dan lain - lain.

Apa yang diamalkan selama ini, kebanyakan menteri menyandang jawatan yang tidak berkaitan dengan kemahiran dan kepakarannya. Hakikatnya, kita belum MERDEKA dalam erti kata yang sebenarnya. Semua menteri menjadi tukang angguk dan "yes man " kepada penjajah baru, iaitu MAHAFIRAUN dengan fahaman MAHAFIRAUNISMEnya.

Telah menjadi adat manusia, prejudis orang tidak dapat dihalang. Jika dilihat dari sudut negatif, ternampak, ini adalah diantara usaha terdesak MAHAFIRAUN untuk menyelamatkan takhtanya dan mempastikan jawatan PERDANA MENTERI dapat dipegang hingga ke akhir hayat.

Ini adalah sangat sesuai dengan kenyataan akhbar oleh beliau, kononnya, ini adalah penggal terakhir beliau berkhidmat untuk rakyat sebagai peneraju negara PERDANA MENTERI. Dengan penuh rasa tak malu, beliau menyatakan , walaupun rakyat Malaysia mahukan belliau memegang jawatan itu hingga ke akhir hayat, beliau bertegas ini adalah penggal terakhir sebagai PM. Inilah manusia MUNAFIK terbesar abad moden ini.

Oleh itu, bila dipandang dari sudut negatif, pemain - pemain utama di Kementerian Pendidikan, iaitu Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen merupakan perancang utama dan khadam MAHAFIRAUN bagi menghadapi dan menangani GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF yang melibatkan sektor PENDIDIKAN.

Ketiga - tiga Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha parlimen merupakan tenaga pakar dalam bidang masing - masing, yang akan berhadapan dengan para pensyarah dan kakitangan Universiti, mahasiswa, Pendidik dan Pelajar sekolah.

Tujuan utama atau misi ini bermatlamat untuk ;- - Mengesahkan tahap sebenar penglibatan pensyarah, guru dan Mahasiswa dalam BA dan Reformasi - Mengekang dan mengawal serta menghadkan GERAKAN REFORMASI dan BA - Mengembalikan kesemua pensyarah, guru dan pelajar menyokong UMNO. - Memulihkan Kementerian Pendidikan " 241 " akibat dicemari oleh Dato' Najib Ini telah ditunjukkan dengan penolakan secara menyeluruh orang - orang Melayu di Parlimen Pekan. Akibat dari kegagalannya mengawal para pendidik, pensyarah dan mahasiswa serta pelajar. - Mengimbangi tindakan dan langkah BARISAN ALTERNATIF yang telah menjemput Prof. Jomo.K.Sundram membentangkan belanjawannya, yang merupakan seorang tokoh ekonomi dan ahli akademik yang berwibawa , yang juga seorang yang bukan ahli politik. Maruah UMNO dan BN harus dipulihkan segera, supaya dilihat kembali sebagai penuh komitted dan berjaya.

Mengikut pengamatan yang saya lakukan, dengan perlantikan itu , pecahan tugas dibuat mengikut kemahiran, kepakaran, dan pengalaman serta objektif tertentu Prof. Tan Sri Musa Mohamad . Beliau berpengalaman luas di Universiti. Pernah menjawat tugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Farmasi, USM, Timbalan Naib Cancelor dan Canselor USM. Berpengalaman luas mengendali dan mengawal selia pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti. Beliau akan ditugaskan menekan dan mengawal pensyarah, pegawai dan kakitangan universiti. Golongan pensyarah merupakan "think tank " atau pemikir dan perancang utama dalam gerakan reformasi. Kampus - kampus universiti tempatan IPTA atau IPTS merupakan "stimulator" , "activator ", "catalytor " - pemangkin kepada GERAKAN REFORMASI, mendokong perjuangan Dato Seri' Anwar Ibrahim selaras dengan KEBANGKITAN ASIA.

Gerakan senyap dan " smart " di kalangan pensyarah universiti memberi kesan yang mendalam, menggempur kubu - kubu UMNO di seluruh negara.

Dato' Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan penasihat utama PM. Setiausaha Politik PM. Seorang Senator yang dilantik dan memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada bulan Novemebr 1999, khusus bagi menghadapi pilihanraya ke -10 yang baru lalu. Beliau dikira berjaya menjalankan tugasnya dengan perancangan yang licik bagi mengekalkan majoriti 2/3 BN. Beliau juga merupakan pendokong utama dalam gerakan menghapuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan Kabinet. Kemahiran, keupayaan, kepakaran dan pengalaman beliau dalam sesuatu OPERASI KHAS amat mengkagumkan MAHAFIRAUN. Lantas dengan itu, belaiu telah diberikan kepercayaan untuk melancarkan satu lagi OPERASI KHAS , iaitu, mengawal dan mengekang GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF di kalangan penjawat - penjawat sektor PENDIDIKAN. Untuk jawatan ini, beliau ditugaskan khusus untuk menjaga Pendidik, iaitu guru - guru di sekolah menengah dan rendah serta para pelajarnya ,di seluruh negara.

Laporan mengenai kegiatan guru dan pelajar sekolah di seluruh negara akan dikemaskini tiap - tiap hari. Polis cawangan khas, yang menyamar sebagai guru, pekerja makmal , juru jual malah sebahagian daripada guru - guru akan dilatih khas untuk menyerap maklumat, akan berkeliaran di semua sekolah.

Taklimat harian akan diberikan oleh Aziz , selaku Setiausaha Politik kepada MAHAFIRAUN. Ini akan memudahkan MAHAFIRAUN merancang tindakbalas dengan serta merta yang akan memberikan kesan yang maksima. Profesor Dato' Mahadhir Mohd Khir. Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah, fakulti Sastera, Universiti Malaysia. Seorang ahli akademik terkemuka dalam bidangnya, pengkaji dan pengkritik politik . Beliau juga adalah seorang yang mengkagumi MAHAFIRAUN dan UMNO. Berdasarkan pengalaman luas beliau di Universiti Malaysia, kemahiran dan pengalaman untuk menghadapi golongan MAHASISWA telah memikat MAHAFIRAUN untuk meletak beliau bertanding di Parlimen Sungai Petani . Ini bagi membolehkan beliau dilantik bagi menganggotai kabinet MAHAFIRAUN dan dalam operasi tertentu. Dalam hal ini tugas utama beliau ialah mengurus, mentadbir dan menakluki MAHASISWA di semua universiti awam dan swasta.

Mahasiswa merupakan salah satu penggerak utama dalam gerak kerja dan perang saraf BARISAN ALTERNATIF. Tenaga sukarela Mahasiswa dari semua universiti telah bebas , bersepadu, dan maju dalam menggempur semua kubu kubu UMNO di seluruh negara. Ini adalah antara kejayaan terbesar Barisan Alternatif. Golongan mahasiswa, adalah berkecuali, tidak berparti, boleh diterima oleh masyarakat umum, khusunya orang - orang UMNO dan pengundi atas pagar . Kejayaan mereka memikat hati orang - orang UMNO dan atas pagar, menyaksikan, BARISAN ALTERNATIF berjaya menambahkan bilangan kerusi di Parlimen dan DUN, menambahkan majoriti BA serta seterusnya mengurangkan majoriti UMNO ke tahap yang cukup minimum dan menyesakkan. Akhirnya timbullah apa yang dipanggil fenomena UMNO TELAH DITOLAK OLEH ORANG MELAYU

Kuasa beli yang ada pada para mahasiswa cukup berkesan untuk menundukkan ibu bapa , adik beradik, jiran , kawan - kawan dan masyarakat setempat. Kaedah dan cara yang dilakukan oleh mahasiswa amat menakjubkan. Bahan kempen dan tajuk hujahan yang dikupas sangat memikat. Idea idea yang dilontarkan mudah difahami oleh sasaran, iaitu pengundi "atas pagar " mahupun orang - orang UMNO itu sendiri

Sehubungan dengan itu, mengikut penelitian saya , semua pihak yang terbabit, seperti yang disenaraikan, iaitu pensyarah, pendidik , mahasiswa dan pelajar perlu ada dan mesti mengatur langkah mengadakan PELAN BERTINDAK atau "CONTINGENCY PLAN " bagi menghadapi strategi MAHAFIRAUN ini.

Ianya mesti ditangani secara berkumpulan [ jamaah ] , bersistematik, berperancangan dan tekad serta semangat yang jitu, padu, BEBAS, SEPADU dan MAJU. Bukan apa, ini kerana, kemenangan dan kejayaan yang cemerlang yang kita semua hajati. Usaha untuk meroboh PROGRAM JAHAT MAHAFIRAUN yang penuh sistematik, mesti dihadapi dengan perancangan dan tindakan yang lebih baik dan bersistematik juga.

Tulisan ini dimajukan bukan bermaksud tuan- tuan dan puan -puan tidak sedar, tidak tahu atau tidak dapat membaca situasi yang ada, cuma untuk berkongsi rasa dan pendapat serta pandangan. Ingat dan mengingati amat mustahak dalam gerakan ini.

Sebenarnya, saya tidak ingin memberikan apa - apa cadangan atau langkah - langkah yang perlu dibuat. Itu terpulang kepada kebijaksanaan, kepakaran dan ilmu yang ada.

Lagipun saya sangat berminat kiranya artikel mengenai PERANCANGAN MAHAFIRAUN ini dibuka untuk perbincangan, kritikan, komen dan pendapat umum. Kemukakan kritikan, hujahan, komen dan pendapat tuan - tuan dan puan - puan demi untuk kebaikan bersama. Ini sangat penting sebagai persediaan menghadapi pilihanraya ke - 11 nanti. Alangkah moleknya, kalau kita dapat mengatur strategi supaya berada selangkah di hadapan musuh. Kita hidu dan cium dahulu perancangan mereka. Dengan itu, kita dapat membuat persediaan yang cukup sebelum tutun ke gelanggang.

Cuma satu pandangan ikhlas dari saya, apapun, dalam membuat perancangan dan bertindak, kita perlu " SMART." Teruskan perjuangan. Semoga kita akan terus berjaya.

AHLI UMNO YANG KEKAL SOKONG PAS

Last changed: December 15, 1999