ReformIS

[ Contents | Post ]

Strategi Memboikot Akhbar Yang Tidak Bertanggungjawab

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 10:03:59

Comments

Strategi Memboikot Akhbar Yang Tidak Bertanggungjawab

Saya tertarik dan bersetuju dengan beberapa pandangan bagi memboikot seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Walau bagaimana pun ada beberapa persoalan pasti tak terjawab secara lancar apabila kita kata, "mari boikot akhbar Utusan..!" maka menjawablah orang ramai " ya...ya..boikot" kemudian senyap! Disini, perlaksanaan adalah amat sukar sekali kerana objektif matlamat tak jelas, masih terdapat beberapa persoalan, bila nak start boikot..? sampai bila..? hari ini boikot beli.,.esok boleh beli ke...? Dan bermacam seribu satu persoalan merawang dalam kepala.

Disini dicadangkan satu strategi dan kaedah yang dijangka amat berkesan (berdasarkan pengalaman saya bekerja di sebuat kilang elektronik dan badan korporat - berdasarkan atas konsep yang sama seperti tajuk di atas).

MATLAMAT Memboikot membeli dan membaca akhbar-akhbar yang tak bertanggung-jawab agak menafikan keuntungan syarikat sebagai satu pengajaran.

Membokot akhbar tersebut secara satu persatu. Dicadangkan dan dimulakan dengan akhbar Utusan Meloya (UM) diikuti akhbar Berita Harian, NST dan Star untuk tempoh 2 tahun (6 bulan bagi setiap akhbar). Tidak perlu memboikot kesemua akhbar yang kurang ajar secara serentak dan terburu-buru.

KAEDAH: Memboikot boleh dimulakan pada 1-1-2000.

Jan 2000 Boikot UM pada hari Jumaat sahaja. Ahbar-akhbar lain dibenarkan membeli termasuk hari Jumaat. Satu kempen besar-besaran perlu dibuat agar perlaksanaanya berkesan. Munkin ramai dapat mematuhinya untuk hari Jumaat sahaja. Apabila masuk bulan Feb'00 lihat pencapaian dan perlu ulasan serta komen dari pakar psikologi atau sebagainya. Perbaiki kaedah yang lebih cemerlang. Sebarkan maklumat kejayaan (insyAllah) sebaik mungkin seperti dalam Harakah atau sebagainya. Sifat kepuasan dan gembira akan dapat dirasa pada peringkat ini. PERINGKAT DI SINI ADALAH PERINGKAT YANG TERPENTING SEKALI.

Feb 2000 Boikoi pembelian akhbar UM pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Lain-lain akhbar masih boleh dibeli.

Mac 2000 Boikot akhbar UM pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin.

Apr 2000 Boikot akhbar UM pada hari Jumaat hingga Selasa.

Mei 2000 Boikot akhbar UM pada hari Jumaat hingga Rabu

Jun 2000 Boikot UM 100%. Tekanan yang amat berat pada syarikat UM akan berlaku disini sekiranya sebarang perubahan dari segi kewartawanan tidah dibuat. Mungkin pada bulan Februari , UM terpaksa menyerah kalah. Beberapa kemungkinan dijangka berlaku terhadap lain-lain akhbar sekira syarikat masing-masing terutamanya akhbar BH yang bakal diboikot pada peringkat ke-2nya demi ingin menjaga keuntungan. Dan banyak lagi kemungkinan yang dapat tuan-tuan fikirkan kalau dilihat dari pel-bagai aspek seperti ekonomi, moral, sokongan rakyat, moral BN iaitu tekanan bantahan rakyat dan sebagainya.

Jika ini merupakan satu cadangan yang baik isyaAllah, kita panjat doa pada Allah s.w.t agak terbuka hati kebanyakkan penduduk Malaysia yang ingin keadilan dan keamanan untuk memboikot akhbar-akhbar yang terang-terang menodai nilai-nilai ketamadunan yang baik. Juga diharap para Web Master dapat megembelingkan masa dan tenaga bagi menjaya misi kita ini

Last changed: December 15, 1999