ReformIS

[ Contents | Post ]

Pilihanraya Yang Adil Dan Bebas Untuk Tahun 2004/5

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 09:59:00

Comments

Pilihanraya Yang Adil Dan Bebas Untuk Tahun 2004/5

Untuk mempastikan pilihanraya kita betul-betul bebas dan adil, disini saya cadangkan agar pihak kerajaan dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawap untuk melaksanakan dengan segera.

1 . Melantik pegawai SPR dari semua pihak seperti NGO, parti politik, pemantau dan mereka yang benar- benar ikhlas untuk menentukan keadilan dan diletak dibawah Parlimen.

2 . Melantik pakar komputer & programen yang bebas untuk menentukan bahawa nama-nama yang ada itu benar-benar rakyat yang berhak mengudi.

3 . Membuat penyemakan data semula yang dianggotai oleh pihak no. 1. Mengeluarkan nama-nama yang tidak sah dan diwartakan no kad yang telah mati atau palsu.

4 . Membuka pendaftaran pemilih sepanjang masa di kaunter POS, BSN dan pejabat ajensi kerajaan, tidak untuk masa-masa tertentu. Ini bagi memastikan maklamat 15 juta rakyat dapat mengundi pada tahun 2004/5. Apa kita megah dengan sistem MSC sedang kan kita tidak mampu membuat dengan ikhlas.

5 . Undi pos dihapuskan sama sekali, pastikan tentera dan badan keselamatan mengundi secara biasa kalau tidak tak payah mengundilah kerana undi mereka sangat-sangat meragukan.

6 . Melantik kerajaan sementera yang terdiri dari pihak tentera , polis dan semua parti politik bagi menyeralaskan hal-hal yang penting sahaja.

7 . Menggunakan peti undi yang lut sinar tidak lagi menggunakan peti yang sudah berkarat seperti dacing

8 . Menggunakan sejenis pewarna yang dapat tahan sehingga 3-7 hari dari tarikh pengundian untuk diceluk dimana-mana jari.

9 . Melantik wakil mengira undi sekurang-kurang 3 orang semasa mengira dan sebelum peti undi dibawa setiap wakil/ketua hendaklah mempastikan pengesahan, disini mereka boleh mengira berapa kali untuk kesahihan. Kita tidak mahu kertas undi dikira semasa dipusat kerana banyak keraguan akan berlaku.

10. Mempastikan setiap pusat pengundian diadakan satu sistem on-line dari pusat data SPR

Pilihan raya ini diperintah oleh kerajaan HARAM dan YB yang menerima gaji dan sebagainya adalah ......-

Last changed: December 15, 1999