ReformIS

[ Contents | Post ]

Pemilihan UMNO, Mungkinkah Sengit?

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 09:55:22

Comments

Pemilihan UMNO, Mungkinkah Sengit?

Bagaimanakah kedudukan MAHAFIRAUN yang menduduki kerusi presiden UMNO pada pemilihan UMNO akan datang ini, adakah jawatan presiden ini akan dipertandingkan, kalau dipertandingkan siapakah yang akan berani mencabarnya?

Dari keputusan pilihanraya yang lepas semua orang tahu populariti MAHAFIRAUN di kalangan orang Melayu telah jatuh merosot sekalipun dia telah menutup kelemahannya itu dengan mengatakan kemerosotan itu adalah disebabkan orang Melayu tidak suka kepada Sanusi Joned.

Dalam keadaan MAHAFIRAUN nampak seperti hampir nazak sekarang ini mungkin akan ada di kalangan pemimpin tertinggi UMNO yang akan berani mencabar kedudukan MAHAFIRAUN pada pemilihan UMNO akan datang ini. Tetapi siapakah mereka yang berani itu?

Buat masa ini kita tidak nampak tokoh UMNO yang paling layak untuk menggugat MAHAFIRAUN selain Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Ku Li adalah satu-satunya pemimpin yang menang pilihanraya yang tidak bergantung kepada kekuatan parti, dia boleh menang di parti manapun dia berada. Oleh itu tidak ada sebab untuk dia takut dengan MAHAFIRAUN jika MAHAFIRAUN mengugut untuk memecatnya dari UMNO jika mencabarnya.

Tetapi MAHAFIRAUN seorang yang bijak berpolitik, seperti pemilihan yang lepas-lepas dia akan pastikan dengan apa cara sekalipun kedudukannya tidak akan tergugat. Kalau boleh dia akan pastikan jawatan presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Kalau pun peraturan ini tidak dapat dipertahankan untuk pemilihan akan datang ini, dia telah mengambil langkah awal supaya orang yang ada potensi untuk mencabarnya berada dalam keadaan yang lemah. Sebagai contoh, Ku Li tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinetnya dengan ini Ku Li tidak dapat peluang untuk menonjolkan dirinya dengan lebih luas.

Pada pemilihan UMNO kali ini MAHAFIRAUN akan cuba membesar-besarkan persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan itu tumpuan orang kepada jawatan Presiden akan berkurang.

MAHAFIRAUN mahu melihat pertarungan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden sebagai pertarungan yang sengit atau 'pertarungan utama' dalam pemilihan UMNO akan datang ini. Seperti biasanya siapa saja yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan maka itu adalah sebagai isyarat orang itu disukai oleh MAHAFIRAUN untuk bakal memegang jawatan Timbalan Presiden. Penukaran Najib dari kementerian pendidikan kepada kementerian pertahanan jelas menunjukkan MAHAFIRAUN benar-benar mahu membiarkan pertandingan jawatan Timbalan Presiden kali ini benar-benar sengit.

Sekurang-kurangnya MAHAFIRAUN mahu pertandingan timbalan presiden kali ini sama sengitnya seperti pertandingan antara Musa dan Ku Li pada satu masa dulu. Itulah cara MAHAFIRAUN iaitu pecah dan perintah. Dengan memecahkan UMNO kepada beberapa kumpulan akan memudahkan dia untuk memerintah atau menguasai parti UMNO itu sendiri.

Siapakah yang akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO kali ini, yang pastinya Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak memang tidak sabar lagi untuk jawatan itu.

Bagaimana dengan Ku Li dan Rais Yatim. Apakah isu yang akan mereka bawa untuk pertandingan kali ini, apakah isu Anwar Ibrahim akan menjadi isu utama seperti dalam pilihanraya lepas.

Apakah akan berlaku satu kumpulan yang menyokong Anwar dan satu lagi menentang Anwar. Atau adakah satu kumpulan yang mendokong wawasan 2020 dan satu lagi mendokong wawasan lain pula. Atau satu kumpulan mendokong rasuah, nepotism dan kronism dihapuskan dan satu kumpulan lagi menentang untuk tidak dihapuskan sama sekali. Sama-samalah kita lihat nanti. Yang pastinya MAHAFIRAUN yang bijak itu tetap selamat.

Wallahualam

Last changed: December 15, 1999