ReformIS

[ Contents | Post ]

MAHATHIR MULA PENING KEPALA !

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 09:24:10

Comments

MAHATHIR MULA PENING KEPALA !

Bila BN menang besar dalam pilihanraya 1999 sudah,Mahathir mencanangkan kemenangan tersebut ke seluruh dunia . Walaupun dalam suasana kemenangan yang meriah ini Mahathir terus pening kepala kerana urutan peristewa-peristewa yang berlaku sejak keputusan pilihanraya lalu.

Mahathir terkejut kerana UMNO dengan tiba-tiba tidak lagi mendapat sambutan orang-orang Melayu. Terengganu terlepas ke tangan PAS dan UMNO gagal merampas Kelantan semula walaupun dengan bantuan Tengku Razaleigh. Ramai diantara calon-calon UMNO ketar lutut dan pucat kerana menang tipis. Kemenangan mereka adalah hasil sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu,dan undi pos.

Mahathir juga terkejut kerana ramai kaum guru tidak meyokong UMNO hinggakan Menteri Pendidikannya hampir tewas di Pekan,hanya menang dengan majoriti 241 undi hasil sokongan undi pos semata-mata.

Mahathir tersebak bila melihat beberapa orang Menteri kanannya tumbang,tambah-tambah lagi menteri-menteri kesayanganya iaitu Megat Joned yang hanyut di Parit dan Ibrahim Ali yang terbenam di Pasir Mas. Sedih Mahathir bertambah apabila habis tokoh-tokoh ulamak tumbang satu persatu atas kemarahan rakyat kerana penghinaan Mahathir terhadap ulamak dan celaan terhadap agama dan budaya.

Selama 12 hari Mahathir termenung memikirkan nasib UMNO. Mahu tidak mahu kabinet perlu dibentuk dan pada hari Jumaat lalu rakyat sekali lagi terkejut apabila kabinet baru yang diumumkan penuh dengan kuda-kuda lama yang sudah letih lesu,kerja tidak tentu bersih atau cekap tetapi amanah sememangnya tidak gerenti !

Dalam pada itu pula kecoh dua orang wakil rakyat dari Gerakan di Pulau Pinang yang keluar daripada parti Gerakan dan ingin menyertai MCA. Apatah lagi MCA pun mula naik garang, menuntut supaya kerusi exco kerajaan negeri Pulau Pinang ditambah. Maka terpaksalah proses angkat sumpah kerajaan negeri ditangguhkan untuk menangani masalah ini. Lagi pening Mahathir dibuatnya.

Sanusi pula merajuk tidak mahu jadi Menteri Besar kerana UMNO kalah teruk. Timbul krisis kepimpinan di Kedah habis enam tujuh hari juga barulah seorang Menteri Besar Kedah yang baru dipilih.

Di Negeri Sembilan,tiba-tiba Menteri Besar dan exco kerajaan negeri hendak angkat sumpah boleh tersalah tarikh. Apabila majlis angkat sumpah berlangsung seorang wakil rakyat UMNO telah keluar majlis kerana protes perlantikan seorang ahli exco yang dikatakan terlibat dengan rasuah. Kes rasuah ahli exco ini masih menanti hari pembicaraan di mahkamah. Lepas itu pula tragedi menimpa kabinet Mahathir apabila salah seorang Timbalan Menteri berkemalangan dan isterinya terkorban.

Bagi Barisan Alternatif,syukur Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Kerusi Parlimen bertambah. Terengganu yang kaya petroleum menjadi miliknya Pengaruh BA mula menular di semua negeri. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dibentuk dengan tidak ada apa-apa karenah.

Bagi Mahathir semuanya menjadi kelam kabut,Mahathir bertambah pening, demikianlah balasan bagi orang yang mabuk kuasa dan kuat menipu.

ALI ALLAH DITTA

Last changed: December 15, 1999