ReformIS

[ Contents | Post ]

Saman Jomo dapat sokongan

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 09:22:14

Comments

Saman Jomo dapat sokongan Saman Jomo dapat sokongan Ajinder Kaur

[semua laporan penuh di http://www.malaysiakini.com/ ]

6pm, SEL: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan hari ini menyokong tindakan mahkamah seorang profesor ekonomi dari Universiti Malaya, Jomo K. S. bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu kerana 680,000 pengundi baru tidak dibenarkan membuang undi. "Walaupun pilihan raya 1999 baru sahaja berakhir, perjuangan untuk pilihan raya yang bebas dan adil, dan juga untuk meningkatkan mutu demokrasi di Malaysia baru sahaja bermula," jelas Cheah Kah Seng, seorang ahli Pergerakan Rakyat Adalah Bos di Pulau Pinang. [Full Story]

DAP kehabisan wang Fathi Aris Omar

6pm, SEL: Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini menjelaskan masa depannya tidak menentu jika parti itu gagal mengumpul sumber kewangan yang mencukupi. Parti itu menjangkakan sumber kewangannya kian merosot ekoran kekalahan calon-calonnya dalam pilihan raya umum yang lalu. [Laporan Penuh]

Ezam: Tiada paksaan ke atas Chandra Ng Boon Hooi

4pm, SEL: Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Mohamad Ezam M. Nor, menafikan Timbalan Presiden parti itu, Dr Chandra Muzaffar, meletakkan jawatan. Ezam juga menafikan ada paksaan tertentu dari mana-mana pihak ke atas Dr Chandra agar melepaskan jawatan nombor dua dalam parti itu. Dr Chandra hanya meminta pandangan pemimpin-pemimpin parti sama ada beliau wajar atau tidak menerima tawaran dari sebuah pertubuhan antarabangsa, jelas Ezam lagi. [Laporan Penuh]

Hubungi editor di editor@malaysiakini.com atau saya sendiri di fathi@malaysiakini.com

Last changed: December 15, 1999