ReformIS

[ Contents | Post ]

Rafidah kata tak banyak pelabur asing

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 19:16:11

Comments

Malaysia boleh mengharapkan jumlah yang lebih kecil tetapi aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti lebih tinggi ke negara ini bagi tahun 2000 dan selepasnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berkata.

Beliau berkata ini adalah berdasarkan kepada persefahaman bahawa orang tidak lagi menganalisis aliran masuk pelaburan ke dalam Malaysia mengikut jumlah.

"Masanya telah berlalu apabila kita bercakap mengenai jumlah yang besar," beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan Bazar Milennium Ramadhan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

+ Apa kamu buat ke sana kemari galakkan perdagangan antarabangsa selama ini. Kamu shopping adalah. Yang habis duit rakyat. Bukan ini membuktikan kamu gagal sebagai menteri untuk tarik pelabur. Mana mereka nak datang dengan mulut celupar kamu tuh.

Last changed: December 14, 1999