ReformIS

[ Contents | Post ]

Awas Agenda Bapa Konspirator

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 03:14:26

Comments

Awas Agenda Bapa Konspirator

Bekas NC USM, P.Pinang dilantik sebagai Menteri Pendidikan bukan satu yang berlaku secara kebetulan. Tidak dinafikan menteri yang berpendidikan tinggi ini tapi "novice" dengan sepak terajang politik BN amnya, dan UMNO khususnya berupaya melakukan kerja-kerja pengurasan dan pentadiran sistem pendidikan negara ini. Tapi pada hakikatnya dalam banyak aspek beliau akan menjadi "sub-ordinate" kepada Bapa Konspirator (BK) yang telah dilepaskan oleh Mahathir untuk melakukan kerja-kerja kotornya di dalam Kementerian Pendidikan pula berselindung sebagai Timbalan kepada menteri tersebut.

Ini adalah penggal terakhir Mahathir. Sudah pasti beliau tidak mahu mengambil "chances" membiarkan kebangkitan di kalangan warga pendidik terus subur dan berkembang sehingga terus menggugat peluangnya menamatkan kekuasaan kuku besinya dengan selesa. Jadi untuk memastikan para pendidik tidak lagi menjadi rintangan kepadanya maka Mahathirpun melepaskan BK untuk me"neutralise"kan kuasa kebangkitan para pendidik ini. Dalam hal ini, si Menteri pendidikan yang baru itu hanya perlu dengar dan patuh - dicucuk hidung ditarik ke sana ke mari. Dalam hal ini si Timbalan adalah bos.

Najib telah dilihat tidak berkesan melakukan tugas ini. Di bawah Kementerian ini terdapat beberapa kumpulan yang menjadi penentang kuat kepada kekejaman dan kezaliman Mahathir iaitu selain guru dan pensyarah terdapat puluhan ribu generasi muda yang bertenaga yang tidak boleh dibiarkan menjadi pendokong kebenaran dan keAdilan. Program-program Biro Tatanegara akan diaktifkan ke tahap maksimum. Pengetua dan guru-guru besar telah diarahkan melapurkan kepada kementerian bekas-bekas tenaga Biro tersebut dari kalangan guru. Malah ramai lagi yang akan direkruitkan sebagai tenaga Biro yang berperanan menjalankan arahan BK. Tali-tali barut inilah yang akan mencari dan melapor kpd BK supaya dapat melakukan kerja-kerja mengertak, menindas dan menghukum. Ada di kalangan mereka yang akan menyelinap masuk ke dalam rangkaian organisasi kita. Dalam hal ini BK tidak perlu melapur kepada Menterinya tapi melapur terus kepada Mahathir.

Kepada semua pencinta dan pejuang Kebenaran dan KeAdilan dalam dunia pendidikan handaklah sentiasa waspada dan menjaga kerahsian perancangan kita. Kita perlu meningkatkan kekuatan jasmani dan terutamanya rohani serta memastikan rangkaian gerak kerja kita sitematik dan sukar dikesan. Akhirnya kepada Allah jua kita mengharapkan perlindungan dan pertolongan

Saudara Dalam Perjuangan

Last changed: December 14, 1999