ReformIS

[ Contents | Post ]

MCA terus berdegil.

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 01:54:51

Comments

Mesyuarat Majlis Presiden MCA hari ini meminta dua jawatan Exco tambahan di Pulau Pinang, termasuk sebagai Timbalan Ketua Menteri kedua.

Sumber-sumber MCA memberitahu, keputusan itu dibuat berikutan pencapaian cemerlang parti itu di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu apabila memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan, keputusan sudah dicapai.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil keputusan itu.

"Ia akan disampaikan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN), dalam tempoh dua atau tiga hari lagi," katanya yang enggan mengulas lanjut.

+ Krisis PP nampaknya serius. Terus serius. Sangat seruis.

Last changed: December 14, 1999