From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 01:32:09
Yang Dipertuan Besar, Tuanku Ja'afar melarang pemberita dan jurugambar Utusan masuk ke Istana Besar, Seri Menanti di sini untuk membuat liputan istiadat penyerahan watikah pelantikan Menteri Besar dan mengangkat sumpah anggota Exco kerajaan negeri hari ini.
Kereta mereka ditahan oleh polis yang bertugas di persimpangan berhampiran pekan Seri Menanti bagi memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan membuat liputan istiadat itu.
Mereka bukan sahaja dilarang memasuki istana malah tidak dibenarkan berada di pekarangan luar istana.
Anggota polis di situ memberitahu wartawan berkenaan, arahan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Besar sendiri petang semalam.
''Pihak istana juga meminta supaya anggota polis memastikan tidak ada seorang pun pemberita dan jurugambar Utusan berada walaupun di luar pekarangan istana,'' kata anggota polis itu lagi.
+ Nampaknya Tuanku Jaafar pun tak suka Utusan Malaysia. Inilah dia. Tapi UM masih tak sedar.