ReformIS

[ Contents | Post ]

Kata-kata Musa

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 02:57:34

Comments

1. "Saya tidak menganggap pelantikan saya untuk meneutralkan sesiapa... saya menganggap ia untuk menanamkan profesionalisme balik kepada Kementerian Pendidikan dan kepada asas-asas pendidikan."

2. "Jikalau memang ada masalah ini (mahasiswa anti-kerajaan), sudah tentu kita akan mengadakan satu strategi tertentu supaya mereka balik kepada tanggungjawab asal sebagai mahasiswa selain mengetahui aspek-aspek kenegaraan," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau tidak akan menghalang kebebasan mahasiswa untuk bersuara selagi ia tidak melampau batas dengan melakukan keganasan.

3. Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau menyertai parti politik pada masa hadapan, Musa berkata perkara itu belum difikirkan.

"Rancangan saya sekarang ialah untuk membuat sesuatu yang bermakna dalam masa tiga tahun saya dilantik. Kemudian tu kira lainlah," katanya.

+ Maka jelas bahawa perlantikan Musa adalah sesuatu yang menarik. Sejauh mana beliau mampu menjalankan tugas sama-samalah kita tunggu dan saksikan.

Last changed: December 13, 1999