From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:28:21
Perlantikan Dr. Musa Mohamed: Pro dan Kontra
Rakyat Malaysia pastinya tertanya-tanya kenapa MAHAFIRAUN melantik Dr. Musa Mohamed, seorang yang bukan ahli politik untuk memegang jawatan Menteri Pendidikan. Mengikut kenyataan MAHAFIRAUN, dia mengharapkan dengan melantik orang berlatar belakangkan ahli akademik, akan mencetuskan ide-ide baru untuk kemajuan sistem pendidikan negara. Dari aspek positif, kita menerima alasan yang diberikan oleh MAHAFIRAUN ini. Kita berharap pendapatnya adalah betul untuk kebaikan semua.
Bagaimanapun, rakyat tidak seharusnya memandang tindakan MahaFriaun tersebut dari satu sudut sahaja kerana rakyat sedia maklum setiap tindakan MAHAFIRAUN ini ada yang tersirat dalam tersurat dan boleh dipertikaikan. Berikut adalah hasil analisa saya secara am sebagai budak sekolah Melayu yang dulunya bersekolah kampung sahaja:-
1. MAHAFIRAUN melantik Dr. Musa (bekas Naib Canselor USM dan tidak bertanding pilihanraya) dengan alasan beliau mempunyai latarbelakang akademik dan berharap akan membawa banyak ide-ide baru.
Jika kita semak senarai calon UMNO yang menang dan kalah bertanding Parlimen baru-baru ini, kita akan dapati lebih sedozen yang membawa gelaran Dr. Phd dan turut berlatarbelakangkan akademik. Contoh paling dekat ialah MAHAFIRAUN Mohd. Khir, bekas pensyarah Jabatan Sejarah UM dan penganalisis politik UMNO dan berjaya membodek untuk bertanding serta menjadi YB Parlimen sekarang. Jadi rasional melantik orang akademik diluar UMNO boleh dipertikai.
2. Kita juga sedia maklum bahawa sistem pendidikan kita sekarang semakin menuju ke arah penswastaan. Hampir semua sektor dalam sistem pendidikan tinggi, menengah, rendah (termasuk sekolah agama) terlibat dengan pengkorporatan atau penswastaan.
Ini menyebabkan kos persekolahan bagi seorang kanak-kanak Darjah Satu mencecah RM100 seorang termasuk pelbagai beban yuran, PIBAGU, Sukan Sekolah, MSS, perpustakaan, tali leher, lencana, koperasi, buku kerja dll. Apakah MAHAFIRAUN ini mempunyai agenda tersembunyi (the hidden agenda) untuk melaksanakan perancangannya.
Bahagian mana lagikah yang akan diswastakan sebab kita tahu anak-anak MAHAFIRAUN ini ahli-ahli perniagaan terhebat Malaysia dan mungkin berminat dalam sektor pendidiikan. Mana tahu kalau semua murid di Malaysia diwajibkan mengambil insuran kemalangan dari syarikat yang dimiliki oleh Jani, Jan / Mukhriz. Bayangkan berapa banyak jumlah murid sekolah di Malaysia.
3. Umum juga mengetahui bahawa dalam pilihanraya baru-baru ini menunjukkan kebangkitan pelajar. Majoriti mahasiswa tidak menyokong kerajaan pimpinan MAHAFIRAUN. Adakah MAHAFIRAUN ini bercadang memperkenalkan dasar-dasar baru yang cenderung mengongkong untuk menghambat para siswa atau satu dasar untuk "turn over" pemikiran siswa baru terutamanya untuk bersetuju buta tuli dengan dasar kerajaan. Ini kerana UMINO sedar tentang kesilapan mereka yang lalu kerana mengabai dan menghina para pelajar dan ahli akademik Melayu. Ndak mengambil hatilah tu!
4. Mungkinkah dengan melantik Dr. Musa ini, MAHAFIRAUN cuba berperanan sebagai kuasa disebalik tabir dan Dr. Musa akan menjadi menteri boneka untuk menyampai dan melaksana dasar-dasar MAHAFIRAUN nyanyuk ini. Dr. Musa tentulah setuju sangat dilantik, apa tidaknya jadi menteri beb.... Orang lain payah-payah join politik, habihkan duitdan air lioq kempen, tak tentu menang dan tak tentu jadi s/u parlimen. Usahkan menteri.
Ini tiba-tiba ditawarkan jadi menteri, kecik tapak tangan, stadium bukit Jalil ambo tadahkan. Akhirnya jadi menteri kobau dicucuk hidung pun, takpe. Bukannya rakyat tak kenai stail Mamat MAHAFIRAUN ni...., pecah dan perintah, divide and rule, must pollo my way, I make du it my way.
5. MAHAFIRAUN Shit (meminjam kata-kata Prof. Shahnon) ini tentulah mengenali dan mempunyai hubungan dengan Dr. Musa ni. Kalau tak, takkan senang-senang je pilih. Mana MAHAFIRAUN kenai dengan Dr. Musa ni? Kepada pembaca ruangan ni yang tahu tentang latarbelakang Dr. Musa atau French Connection mamat ni dengan MAHAFIRAUN Shit, sudi-sudikanlah war-warkan di ruangan ini agar kita boleh berkongsi maklumat.
Yalah, rakyat juga perlu tahu siapa bakal Mneteri Pendidikan mereka. Kalau mamat sasau yang dilantik alamat lintang pukanglah anak-anak kita kerana dasar-dasar yang bercelaru dan sukar difahami. Kot-kot dasar yang lebih sekular akan diperkenalkan seperti diTurki. Almaklumlah ada orang yang nak dikenang rakyat sebagai Kamal Attarturk Asia Tenggara. Kan Kamal Attarturk juga dulu anak didik barat dan Amerika. Silap-silap dulu dah kena turning over kot oleh CIA.
Kita amat berharap semoga semua perkara-perkara yang kontra tersebut tidak benar. Tetapi mengambil kita situasi semasa dan perangai MAHAFIRAUN Shit sekarang ini, kita harus juga mengambil langkah berjaga-jaga dan jangan alpa terutamanya para pemimpin BA dan Wakil Parlimennya. Kenalpasti "The Hidden Agenda".
Dr. Desa@Kampong