ReformIS

[ Contents | Post ]

PILIHAN YANG ADA UNTUK MAHATHIR

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:21:31

Comments

PILIHAN YANG ADA UNTUK MAHATHIR

Untuk mengekang Islam dan Gerakan Reformasi dalam alaf akan datang, khususnya bagi menghadapi pilihanraya ke 11 pada tahun 2004/2005 nanti, apakah pilihan yang ada untuk Mahathir ?

Tahun 1981, untuk menghalang Gerakan Islam yang dipelopori oleh Parti Islam SeMalaysia [ PAS ] hasil dari perubahan pucuk pimpinan di Republik Islam Iran dan kebangkitan Islam seluruh dunia, seorang anak muda, pemimpin Gerakan Belia Islam Malaysia [ ABIM ] telah " dijerat " dan " diperangkap " oleh Mahathir.

Hasilnya, selama 17 tahun, Parti PAS terpaksa berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, lambang pendokong Islam dalam UMNO. UMNO menjadi SEKULAR dan ditolak oleh majoriti orang orang Islam dan Melayu, khususnya golongan muda Melayu, Profesional Muda Melayu, Korporat Melayu dan Mahasiswa Melayu

Kini, setelah, DSAI ditolak keluar dari UMNO, siapa lagi yang akan digunakan oleh Mahathir untuk menghadapi semua ini ?.

Ditambah lagi, dengan kesemua ulamak Jahat dalam UMNO dibunuh dan dihapuskan dalam pilihanraya ke 10 , yang baru lalu, iaitu Dato' Paduka Abdul Hamid Othman, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen Sik, Kedah, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir di Dun Melur, Kelantan , Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad, Menteri Besar Terengganu di DUN Cukai, Kemaman dan Dato' Dr. Yusuf Nor, Exco Hal Ehwal Agama Islam Terengganu di Parlimen Besut, Terengganu.

Walaupun, Ulamak Jahat UMNO yang tewas di Parlimen Sik di tangan pengarang buku SHIT, Profesor Dato' Shanon Ahmad, mungkin akan dilantik semula sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , khusus untuk menjaga hal ehwal Agama Islam, kononnya. Tetapi, beliau akan jadi Ulamak UMNO yang semakin JAHAT [ tunggulah ] , kerana demi pangkat dan kedudukan, dengan perlantikan itu, beliau akan menurut apa saja kemahuan Mahathir. Ini termasuklah, kemungkinan - kemungkinan gerakan islam akan ditekan habis - habisan, terutamanya badan - badan bukan kerajaan, seperti ABIM, JIM dan GERAK, mahupun , parti PAS itu sendiri.

ATAU PUN sebaliknya, Beliau akan bekerja lebih keras untuk menunjukkan UMNO itu lebih islam berbanding PAS. Akan ada pelbagai program - program tempelan dan luaran guna mengabui mata orang - orang Melayu, khususnya ahli - ahli UMNO dan golongan muda [ sasaran utama ].

Apapun yang akan dibuat oleh Mahathir, mahupun Hamid Othman, oleh kerana niat dan tujuannya tidak ikhlas, bukan bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama [ syiar dan syariat ] yang sebenarnya, akhirnya ia pasti akan gagal jua.

Ini kerana , kesedaran yang timbul, khususnya di kalangan sebahagian besar daripada pengundi - pengundi atas pagar dan juga ahli - ahli UMNO dan orang - orang Melayu itu sendiri, agak sukar untuk Mahathir untuk menentang Gerakan Islam, PAS ; Gerakan Reformasi , Anwar Ibrahim dan KeADILAN dan Gerakan Barisan Alternatif , Gerakan Rakyat.

Tokoh yang tewas dalam pilihanraya ke-10, seperti Hamid Othman, yang berkeperibadian yang kotor , membuat fitnah, tokoh Ulamak Jahat UMNO dan bersubahat dengan Mahathir menentang Islam , mana mungkin boleh diamanahkan untuk menjaga dan memelihara kesucian agama Allah.

Ditambah lagi, dalam keadaan UMNO yang sedang cedera teruk, tak releven, dan ditolak oleh majoriti orang Melayu , iaitu hasil dari manifestasi pilihanraya ke - 10 lalu, telah kedengaran suara - suara sumbang dalam UMNO sendiri. Antaranya, pemimpin tua dan lama yang menyebabkannya nyaris maut.

Manakala setengah - tengahnya pula, meminta ahli - ahli UMNO dan pemimpinnya mencerminkan diri sendiri , sebelum menyalahkan orang lain. Ada pula yang mencadangkan supaya menubuhkan Akademi UMNO , khusus untuk melatih ahli - ahli UMNO, khususnya orang - orang muda. Walaubagaimanapun, ada juga yang terpaksa dijadikan " KAMBING HITAM " , menyerap dan memikul beban ekoran daripada kemerosotan undi Melayu.

Jadi, tahun 1999 hingga tahun 2004, bagi menghadapi alaf baru dan pilihanraya ke - 11 nanti, apa agaknya pilihan terbaik untuk Mahathir menjaga negara Malaysia, negeri Kedah Darul Aman, Perlis Indera Kayangan , Perak Darul Ridhuan, Pahang Darul Makmur dan juga Selangor Darul Ehsan . Ini adalah negeri - negeri yang akan menjadi sasaran berikutnya oleh Barisan Alternatif di bawah pimpinan PAS bersama - sama KeADILan, PRM dan DAP.

Realiti

Realiti atau keadaan yang sebenarnya, alaf baru adalah alaf Islam dan KeADILan untuk semua umat manusia. Ini adalah giliran Islam untuk berada di atas, ibarat putaran roda, selama 17 tahun , Islam dan Gerakan Islam ditekan oleh Mahathir dan setakat itu saja yang ia mampu menahannya. Negeri - negeri yang penduduknya majoriti orang - orang Melayu yang beragama Islam, telah menolak UMNO. Hasilnya, Negeri Kelantan Darul Naim kekal di bawah pimpinan Ulamak, manakala Negeri Terengganu Darul Iman diserah oleh Allah ke bawah pimpinan Ulamak, Negeri Kedah Darul Aman, InsyaAllah akan berada diterajui oleh Ulamak dalam pilihanraya ke - 11 nanti. InsyaAllah juga akan menyusul negeri - negeri lain, Kedah, Perlis, Perak, Pahang dan Selangor. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan seluruh Malaysia akan diserahkan amanah untuk mentadbirnya oleh Allah kepada PAS dan Barisan Alternatif.

Hidayah Allah siapa yang dapat menahannya !!!!. Walaubagaimana pun Mahathirakan cuba sedaya upaya untuk menentang Tuhan dengan segala kekuatan dan barisan kabinet HARAM barunya.

Pertolongan Allah telah hampir tiba,

Sebenarnya, Mahathir sudah tidak punya banyak pilihan. Walaupun akan digambarkan kepada rakyat, kabinet baru ini yang terbaik yang pernah diadakan, yang pastinya isu pokok dan asas masih tidak diselesaikan. Soal rasuah, penyelewengan, DSAI, salah guna kuasa, dll. Bagaimana mungkin, rakyat akan terlena dan terlupa, hatta dipaksa sekalipun.

Hanya satu pilihan yang ada dalam kepala dan pemikirannya, iaitu, Mahathir mungkin mengambil semula DSAI, samada sebagai ahli UMNO atau anggota kabinet dan melakukan apa yang sepatutnya. Tetapi, adakah semudah itu Mahathir akan melakukannya ?. Dalam politik Mahathir , tidak ada yang mustahil. Semuanya serba mungkin.

Hayat UMNO tidaklah panjang sangat. Menjelang alaf baru, dan tahun 2004 ianya akan beransur PUPUS jua. Ia akan menjalani proses semulajadi alam, setelah lama hidup ia akan mati

Persoalan yang timbul pula ,sekiranya DSAI akan dijemput kembali ke dalam UMNO dan kerajaan oleh Mahathir demi menjamin kelangsungan hayat pemerintahannya, [ kononnya penggal terakhir ] adakah:

- semudah itu DSAI akan menerimanya - rakyat umum, khususnya orang Melayu akan melepaskan begitu sahaja DSAI kembali ke pangkuan UMNO - Parti KeADILan akan dengan senang saja merestuinya - Barisan Alternatif akan merelakan bakal Perdana Menteri [ kiranya BA menawan Malaysia dalam pilihanraya akan datang 2004, iaitu ke - 11 dan atau ke 12 nanti - Komponen BA akan melihat begitu saja DSAI melangkah pergi meninggalkannya. - Orang - orang muda, seperti saya akan dengan senang hati merelakan pemergiannya. - Pegawai dan kakitangan kerajaan akan akur dengan perintah dan pelawaan Mahathir

Walaubagaimanapun, untuk menyelamatkan kedudukannya, anak beranaknya, kroni - kroninya, Mahathir sudah tidak punya banyak pilihan. Tidak ada pilihan yang terbaik untuk Mahathir,

SAMADA:

- Setuju atau tidak - Suka atau tidak - berkenan atau tidak - terpaksa atau tidak - mahu atau tidak

DIA PENING KEPALA, pening kepala Mahathir memikirkannya. Semuanya serba tak kena.

Kesimpulannya, agak berat untuk rakyat umum, Barisan Alternatif, PAS, KeADILan, PRM dan DAP, orang - orang muda, Pegawai dan kakitangan kerajaan melepaskan, merelakan, merestui, akur, mengiakan atau membenarkan DSAI diambil kembali oleh Mahathir dan kuncu - kuncunya demi untuk menyelamatkan diri Mahathir , kuncu - kuncunya dan pemerintahannya.

Bersama - samalah kita lihat bagaimana Mahathir akan mengatur langkah selanjutnya supaya dirinya, partinya dan kerajaannya tidak jatuh tersungkur dalam pilihanraya ke - 11 nanti.

MAHATHIR SAKIT KEPALA

Last changed: December 13, 1999