ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP akan disusun semula

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 00:51:36

Comments

DAP akan disusun semula

Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini berikrar untuk membuat penyusunan semula secara menyeluruh untuk kembali menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan lebih berkesan.

Setiausaha Agungnya, Kerk Kim Hock berkata, penyusunan semula itu wajar berikutan kekalahan teruk DAP pada pilihan raya umum lepas.

"Kajian jelas menunjukkan bahawa isu negara Islam adalah faktor utama bagi kemerosotan pencapaian parti itu," kata beliau ketika berucap kepada ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) partinya di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Kerk, yang juga anggota Parlimen Kota Melaka berkata, parti itu antara lain harus menambah jumlah cawangan di seluruh negara dan menjadikan mereka sebagai pusat pengaruh politik di kawasan masing-masing serta pusat pendidikan, pertubuhan, publisiti dan aktiviti.

Semua pemimpin parti, ahli parlimen, anggota dewan undangan negeri dan calon yang tewas harus menunjukkan komitmen sepenuhnya dan membuat persiapan untuk menerima tanggungjawab bersama bagi kegagalan atau kelemahan program penyusunan itu.

Kerk berkata kepemimpinan DAP dan anggota harus mempertingkatkan keupayaan memberi saingan dan pada masa yang sama, berwaspada terhadap anasir luar.

"Kita harus berusaha untuk bangkit kembali secara lebih berkesan...untuk meneruskan perjuangan bagi demokrasi, keadilan dan kebebasan," katanya.

Last changed: December 13, 1999