From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 00:23:35
Kerajaan akan berusaha mencari jalan terbaik bagi mengawal masjid-masjid di negara ini daripada terus disalahgunakan oleh parti pembangkang sebagai medan menyebarkan fitnah dan pembohongan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kawalan itu perlu dilakukan kerana didapati parti pembangkang turut menggunakan masjid untuk menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Israel.
''Masjid adalah tempat kita sembahyang jemaah, tempat rapatkan silaturahim tapi dia (pembangkang) gunakan untuk melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas termasuk kononnya kita ada hubungan Israel.
+ persoalan MM dan BN nak kawal masjid dan surau itu hak mereka. Kalau mereka melampau kita jihad terhadap mereka. Jangan kamu nak tipu rakyat tentang hubungan kamu dengan puak zionis ini. Kamu ingat rakyat lupakah?