ReformIS

[ Contents | Post ]

Semalam Di Taman Melewar

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 00:18:20

Comments

Semalam Di Taman Melewar

Suasana tenang dan tenteram mewarnai keadaan di Pusat Tarbiyah PAS di Taman Melewar malam tadi. Majlis "Ceramah Kesyukuran" bermula sebaik saja sembahyang tarawih yang diimamkan TG Hj A. Hadi Awang tamat.

Majlis telah dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Us Idris selaku Setiausaha DPPP. Beliau menganggap pretasi PAS dalam pilihanraya '99 sangat membanggakan dan akan berikan sinar harapan untuk merampas kerajaan persekutuan dan negeri pada pilihanraya akan datang.

Us Salahuddin Ayob selaku Naib Ketua DPPP juga menyatakan keyakinan PAS merampas kerusi dalam tiga negeri UMNO pekat iaitu Johor, Melaka & N. Sembilan. Walaupun calon-calon PAS kalah dalam pilihanraya '99 ini namun tiada seorang calon pun yang hilang deposit.

Hj Mahfuz Omar mendapat tepukan gemuruh kerana kelancaran beliau berpidato. Padanya peluang PAS memainkan peranan positif sebagai pihak pembangkang di perlimen akan memberikan satu nafas baru kepada suasana politik semasa. Ini kerana orang melayu telah hilang percaya terhadap UMNO dan sokong PAS dan parti alternatif yang lain. Di parlimen nanti Hishamuddin akan bertemu ruas dengan Mahfuz. Mafuz juga memeberitahu mengenai pengalaman MM mengundi di kawasannya. Jadi MM adalah rakyat di bawah jagaan Mahfuz. Beliau juga memberitahu beberapa niat pelik ahli-ahli PAS muslimin dan muslimat yang menggelikan hati yang terpaksa dilaksanakannya.

Ucapan YAB TG Hj A Hadi sangat dinanti-nantikan. Beliau mengatakan bahawa kemenangan PAS di Terengganu bukan disebabkan oleh PAS sahaja tapi kerja kuat semua jentera parti alternatif dalam BA. Jadi kemenangan PAS di Terengganu adalah kemenangan BA. Beliau juga menerangkan kebiadapan wartawan yang memutarbelitkan isu kharaj. PAS kata beliau akan meneruskan perjuangan untuk menegakkan Islam dan menegakkan keadilan dan menetang kezaliman. Niat Samy Velu untuk mengkesampingkan Terengganu dalam projek lebuhraya Timur Barat juga dibidas kerana itu adalah projek kerajaan pusat. Kalau lebuhraya bertol yang dijalankan oleh kerajaan pusat adalah masalah kerajaan pusat dan bukan masalah kerajaan negeri. Apapun kerajaan negeri harus diberi peluang untuk mentadbir negeri kerana itu kehendak rakyat yang memilih. Ini patut dihormati.

10,000 orang telah menghadiri majlis ceramah ini.

Adalah dimaklumkan juga DPPP akan meneruskan program-program ceramah sepanjang tahun sebelum pilihanraya umum akan datang. Cahaya kemenangan telah jelas dan semua jentera parti alternatif mesti digerakkan sekarang untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan, insyaAllah.

Last changed: December 13, 1999