ReformIS

[ Contents | Post ]

Aziz Desa  adalah Mat Jenin yang asli

From:
Date: 12 Dec 1999
Time: 05:49:04

Comments

Kelab Mat Jenin Kedah yang sebelum ini di bawah pengurusan Pejabat Pengurus Media dan Komunikasi Menteri Besar Kedah akan terus diwujudkan.

Penyelaras kelab itu, Aziz Desa, hari ini berkata Kelab Mat Jenin Kedah akan terus menjalankan pelbagai aktiviti walaupun Tan Sri Sanusi Junid tidak lagi menjadi Menteri Besar Kedah.

Kelab itu dinaungi Sanusi bagi memperkenalkan garis panduan kerajaan negeri yang diterapkan oleh beliau berasaskan Menjaro (Mental, Jasad dan Rohani) dan Polemas (Politik, Ekonomi dan Masyarakat) apabila menjadi Menteri Besar negeri tiga tahun lepas.

Aziz, bekas Pengurus Media dan Komunikasi Sanusi, berkata kelab itu yang kini dianggotai 1,570 orang termasuk pasukan bola sepak Mat Jenin FC daerah diteruskan berikutan sambutan baik di kalangan remaja negeri ini.

"Tindakan ini juga wajar kerana Kelab Mat Jenin sedang berurusan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri bagi mewujudkan Koperasi Mat Jenin Kedah Berhad tidak lama lagi," katanya.

+ Kesian si Aziz Desa. Bila boss tak ada bawalah nasib sendiri. Ingatkan bila rapat dengan Sanusi boleh jadi kaya atau jadi wakil rakyat. Sekarang kita tahu apa makna Mat Jenin yang sebenar kerana Aziz Desa menjadi Mat Jenin yang asli.

Last changed: December 12, 1999