ReformIS

[ Contents | Post ]

Lebuhraya bertol tidak diperlukan

From:
Date: 12 Dec 1999
Time: 05:43:30

Comments

Kerajaan akan menentukan kedudukan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Terengganu ke Pahang selepas perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu, berkata kerajaan perlu mengkaji semula cadangan pembinaan LPT di Terengganu berikutan dasar terbaru kerajaan negeri pimpinan PAS yang tidak menggalakkan kutipan tol.

"Dasar ini akan menimbulkan masalah kepada kita memandangkan kita tidak boleh mengutip tol walaupun selepas membelanjakan beribu-ribu juta Ringgit untuk membina lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kesusasteraan Silappadhikaaram 1999, di sini hari ini.

+ Tak usah nak fikir panjang, lebuhraya ini tidak diperlukan. Kerana projek ini untuk kroni tertentu bukan untuk rakyat. Rakyat jadi sampah sedangkan syarikat itu ketawa besar.

Last changed: December 12, 1999