ReformIS

[ Contents | Post ]

Mengaku saja turun pangkat

From:
Date: 12 Dec 1999
Time: 05:38:30

Comments

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri yang baru dilantik, Datuk Seri Abu Zahar Isnin, menganggap pelantikannya ke jawatan itu tidak ada kena mengena dengan andaian "turun pangkat".

Beliau berkata apa yang diutamakannya ialah kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melantiknya menjawat jawatan berkenaan.

Menurutnya jawatan setiausaha parlimen kementerian itu merupakan satu amanah bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara yang terdiri daripada pelbagaikaum dapat terus dikekalkan.

"Jika ada orang yang memandang saya turun pangkat, biarkanlah...apa juga yang diberikan oleh Perdana Menteri saya anggap ia sebagai yang terbaik. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh di sini, hari ini.

+ Memanglah jawatan ini lebih rendah dari KM. Budak kampung pun tahu. Yang kamu asyik angguk cakap MM apa pasal? Kamu tidak berterima kaseh terhadap DSAI yang naikkan kamu. Kalau DSAI nak buruk siku bolehkan? Apa yang penting adalah tembolok kamu dijaga. Tunggulah dalam pemilihan UMNO nanti, kamu akan terpinggir.

Last changed: December 12, 1999