ReformIS

[ Contents | Post ]

Jangan Main Api!!

From:
Date: 12 Dec 1999
Time: 05:30:01

Comments

Jangan Main Api!!

Assalamualaikum,

Tersentak hati saya apabila membaca kenyataan di bawah, bukan kerana tuduhan PAS menggunakan masjid sebagai medah ceramah politik, tapi kerana kenyataan mengenai masjid dan surau yang merupakan hal dalaman atau dengan kata lain adalah isu 'rumah tangga' orang-orang Islam, tiba-tiba yang membuat komen di atas ialah si Harbi Tan Kee Wong, Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Persoalannya:

1. Sejak bila pula mereka dibenarkan mencampuri hal ehwal pentadbiran agama Islam negara? mana perginya JAKIM, IKIM, JAIS, MUIS, JAWI dan yang sewaktu dengannya?

2. Sejak bila pula Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi ditugaskan mengendalikan hal ehwal agama Islam, mana perginya Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri? Adakah kerana Datuk Paduka Dr Abd Hamid Othman belum mengangkat sumpah, maka si Harbi Tan Kee Wong ini terpaksa diarahkan memangku jawatan tersebut?

3. Adakah ini merupakan satu provokasi daripada pihak atasan dalam kerajaan dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan di kalangan ummat Islam; lalu bila tercetusnya sebarang rusuhan atau pergaduhan, maka kerajaan BN dengan serta merta boleh mengisytiharkan darurat di seluruh negara? apa motifnya?

Kepada pihak-pihak berkenaan terutamanya mereka daripada gabungan parti-parti bukan Islam dalam BN atau lebih dikenali sebagai UnMNO (United Non-Muslim National Organization); kami ingin nasihatkan kamu supaya berhati-hati bermain dengan API!!!

"Kalau orang lain tak mau buat, aku yang akan buat"

AQ KHAN

==============================================

SURAU MASIH DISALAHGUNAKAN PARTI PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Hampir 90 peratus surau di seluruh negara masih digunakan sebagai medan ceramah politik parti pembangkang terutamanya PAS, kata Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang baru dilantik Dr Tan Kee Kwong.

Beliau berkata maklumat itu diperolehi hasil aduan orang ramai yang mendapati aktiviti menyalahgunakan surau dan tempat-tempat ibadat masih terus berlaku selepas berakhirnya pilihan raya umum 29 Nov lepas.

"Kita masih menerima aduan penyalahgunaan tempat-tempat ibadat ini. Sudah jelas pendekatan ekstrim yang digunakan PAS tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama," katanya.

Tan, yang juga Naib Presiden Gerakan dan Anggota Parlimen Segambut, berkata demikian di sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan makanan bernilai RM10,000 kepada 25 surau dan lima masjid di sekitar Segambut.

"Pemberian ini merupakan kelaziman yang saya lakukan sejak lima tahun lepas," katanya. --BERNAMA

Last changed: December 12, 1999