ReformIS

[ Contents | Post ]

Pemimpin Gerakan yang kurang ajar

From:
Date: 11 Dec 1999
Time: 21:41:19

Comments

Hampir 90 peratus surau di seluruh negara masih digunakan sebagai medan ceramah politik parti pembangkang terutamanya PAS, kata Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang baru dilantik Dr Tan Kee Kwong.

Beliau berkata maklumat itu diperolehi hasil aduan orang ramai yang mendapati aktiviti menyalahgunakan surau dan tempat-tempat ibadat masih terus berlaku selepas berakhirnya pilihan raya umum 29 Nov lepas.

"Kita masih menerima aduan penyalahgunaan tempat-tempat ibadat ini. Sudah jelas pendekatan ekstrim yang digunakan PAS tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama," katanya.

+ kita sebagai orang Islam sungguh marah dan terguris dengan kenyataan biadap pemimpin Gerakan ini. Kamu bukan Islam jangan campur urusan orang Islam. Kamu tak ada hak. Kalau tidak kita akan berjihad menentang kamu walaupun tumpahan darah berlaku. Jangan hanya kerana berlainan fahaman politik kamu hina Islam dan tuduh PAS sebagai pengamal Islam ekstrimis.

Last changed: December 11, 1999