ReformIS

[ Contents | Post ]

Selangor mula perangi rakyat

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 23:01:17

Comments

Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dan Surau di Selangor akan dirombak dan disusun semula berikutan ada di antara mereka terbabit dengan kegiatan parti pembangkang, terutama ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad berkata, beliau menerima maklumat mengenai kegiatan beberapa ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini bekerjasama dengan parti pembangkang, termasuk membenarkan ceramah menghentam kerajaan dibuat dalam masjid atau surau.

+ rakyat melihat ini sebagai satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Ini menyalahi prinsip rukun negara dan demokrasi berparlimen.

Last changed: December 10, 1999