ReformIS

[ Contents | Post ]

PENIPUAN DATOK ZAHID HAMIDI

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 21:57:37

Comments

PENIPUAN DATOK ZAHID HAMIDI

Untuk semua pendokong REFORMASI tabahkan semangat perjuangan, semuga dengan pendedahan ini menguatkan lagi tekad kita mengembalikan yang Haq dan menguburkan yang Batil. Rentetan Peristiwa Pembuburan Parti Keadilan Nasional Bahagian Bagan Datoh :

Pada tanggal 27hb November, 1999 (Sabtu) Jam 5.00 petang Sdr Mahyuddin Bin Yeop (Setiausaha KeADILan B.B.D.) didatangi oleh SB untuk memastikan majlis pembubaran tersebut adalah benar. Sebelum itu SB tersebut memaklumkan bahawa beliau telah pergi ke Pejabat UMNO B.B.D. dan beliau dapati pemberita-pemberita dari Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3¼ telah sedia menanti. Sdr Mahyuddin menafikan kebenaran program pembubaran tersebut.

Jam 6.00 petang Sdr Mahyuddin mendapat panggilan telefon daripada Sdr Rushdi Bin Maseri (Ketua KeADILan B.B.D.) menyatakan bahawa beliau telah dipanggil balik oleh Datok Zahid Hamidi dan perlu berjumpa dengannya di Pejabat UMNO B.B.D. sebelum jam 3.00 petang atas urusan yang belum dinyatakan. Sdr Rushdi memilih untuk balik ke B.D. pada waktu malam.

Jam 9.30 malam setelah Sdr Rushdi sampai di rumah kakaknya di Simpang Ampat beliau didatangi oleh Datok Zahid dan berlakulah perbincangan yang pada mulanya duduk diatas kerusi turun pula bersila diatas karpet, dari bercakap Melayu hingga kecakap Jawa memujuk, merayu, mengungkit, memaksa sehingga menggugut agar Sdr Rushdi menandatangani surat pengakuan pembubaran KeADILan B.B.D.

Jam 11.30 malam Sdr Mahyuddin mendapat panggilan telefon dari Sdr Rushdi agar datang kerumah kakaknya di Simpang Ampat bersama seorang lagi sahabat Sdr Ikhwan. Kebetulan pada malam tersebut ada ceramah pilihanraya oleh BA di Markas PAS Parit 23 Tanjong Bayan, penceramahnya ialah Sdr Hamdan Taha, Ust Dahalan Arshad dan Ust Kamal Ashaari jadi Sdr Ikhwan tidak dapat dibawa bersama kerana urusan ceramah. Jaraknya dari Simpang Ampat lebih kurang 2KM sahaja. Menurut Sdr Mahyuddin semasa beliau meghampiri rumah kakak Sdr Rushdi, 3 buah trooper menanti disetiap simpang menuju kerumah terbabit dengan pemuda berjeket komando (lagak bagai samseng kampung) berdiri ditepi trooper memegang handset.

Jam 12.05 malam Sdr Mahyuddin melangkah masuk kerumah terbabit dan mendapati Datok Zahid Hamidi dan Sdr Rushdi telah sedia menanti, antara perbualan DZH dengan SMY dan SRM ialah :

1. Tolonglah aku, aku tengah tersepit ni PM masih tak percaya aku, kamu kena bubar keADILan baru PM nak percaya aku. Aku tak peduli dengan 2 Dun BN dalam Parlimen B.D. yang penting aku mesti menang dengan majoriti yang banyak.

2. Aku lebih kenal dan rapat dengan DSAI serta keluarganya daripada kamu berdua. Aku tahulah macamana nak tolong DSAI nanti dari dalam bila aku menang pilihanraya.

3. Aku masih dalam UMNO adalah kerana nasihat dari Tuan Guru aku iaitu Datok Harun Din agar aku berjuang dari dalam, kerana siapa lagi yang boleh diharapkan. Nak harap Dollah - gelap, Ibrahim Saad - malap, Affifuddin - leboh yang tinggal aku, aku saja yang boleh.

4. Aku telah banyak membantu EXCO Pemuda KeADILan dengan wang ringgit termasuk Ezam, Hamdan, Hanapiah, Arif Mat Aris dan ramai lagi.

5. Kalau kamu berdua tak mau sain juga dan terjadi sesuatu kepada DSAI maka kamulah orang yang patut bertanggung jawab diatas musibah yang menimpa DSAI nanti.

6. Tolonglah aku sekali ini saja, Mahyuddin tolonglah pujuk Rushdi cepat signature surat pembubaran ini.

7. Apa kau takut lepas signature nanti aku bagi kau sikit (RM) dan kau boleh lari ke KL jangan balik lagi ke B.D.

8. Naib Ketua, seorang AJK dan dua cawangan kamu dah signature (Arahyah Ibrahim, Mokhtar Ibrahim, Suhaimi Ibrahim dan Gopala) depa dah aku bagi RM500.00.[Aalahai RM500 saja maruah barua empat ekor ni]

9. Jangan kata aku tak bagi kamu peluang.

Jam 12.30 malam SMY meminta izin berbincang dengan SRM berdua sahaja di dapur. Dalam perbincang tersebut bersetuju sekeras-kerasnya tidak akan akur pada DZH. Keluar dari dapur lalu ditanya oleh DZH bagaimana ?. SRM mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju, dengan nada marah dan mengugut DZH menengking :

1. Kamu jangan cari aku lagi, aku tah mahu jumpa kamu lagi dan jangan tunjuk muka kamu lagi pada aku.

2. Kamu jangan menyesal !, jangan MENYESAL !!, JANGAN MENYESAL !!! lalu menghempaskan daun pintu trooper diluar rumah.

Keesokkan harinya tanggal 28hb November, 1999 (Ahad) penggundi B.D. ditabur dengan 1½ tan Berita Mingguan percuma dengan berita pembubaran Parti Keadilan Nasional Bahagian Bagan Datoh.

Begitu juga pada malamnya pula DZH mengumumkan di TV3¼ (tanpa SRM atau SMY, tanpa surat yang bertandatangan) pembubaran Parti Keadilan Nasional Bahagian Bagan Datoh. Sepatutnya DZH boleh mengumumkan pembubaran tetapi pembubaran UMNO B.B.D.

TUNGGULAH KITA JUMPA LAGI DI MAHKAMAH.............!!!!

Er15 Fadillah

Last changed: December 10, 1999