ReformIS

[ Contents | Post ]

MM terus berbohong

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 21:52:33

Comments

Pembohongan MM kelmarin:

1. "Kita tidak pernah melanggar prinsip Islam, melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip Islam, dan saya ingin katakan bahawa kita akan terus dengan pendirian ini dan tidak akan melanggar prinsip Islam," katanya pada sidang berita selepas mengumumkan barisan kabinet barunya di Jabatan Perdana Menteri di sini.

2. "Jika kamu lihat, kamu akan dapati bahawa ada kalanya rakyat kecewa dengan kerajaan tetapi kemudian, mereka akan faham tentang apa yang kerajaan sedang lakukan.

"Memanglah, kami tidak mengharapkan media asing untuk faham kerana kamu mempunyai agenda kamu tersendiri," katanya.

3. "Mereka (pembangkang) telah berkempen sejak tiga tahun lepas, tentu kamu tahu, (tapi) kamu sengaja buat tak tahu. Kamu tidak mahu akui tetapi hakikatnya ialah mereka ini telahpun berkempen," katanya.

4. "Semasa memasukkan nama saya dalam borang (pencalonan), ada orang telah disogok supaya memasukkan nama yang silap. Saya hampir tewas kerana borang tidak diisi dengan betul," katanya.

5. "Negara ini lebih bebas daripada mana-mana negara di Eropah. Kempen berjalan sepanjang tahun. Sebaik saja pilihan raya tamat, mereka akan mula berkempen lagi.

"Tidak ada negara mempunyai kempen seperti ini, dan kamu masih berkata negara ini tidak mempunyai kebebasan politik. Pada pendapat saya, kamu mempunyai mata di belakang kepala kamu dan bukan di depan," katanya.

6. "Ada orang masih percaya kita menipu (kononnya) kita mempunyai konspirasi untuk menjatuhkan seseorang. Sesetengah orang memang tidak boleh percaya. Jadi, orang melihat gambar seseorang) yang mempunyai mata hitam itu dan menyalahkan kerajaan.

"Kami tidak melakukannya, tidak ada yang kata kami melakukannya, ataupun saya yang perintahkan seseorang memukulnya, tapi kerajaan masih disalahkan," katanya.

7. "Ini bukan pertama kali Umno kehilangan kedua-duanya kepada PAS, kami pernah kalah kepada PAS di Terengganu sekali dan di Kelantan, tetapi kami berkuasa semula," katanya.

8. Dr Mahathir berkata Umno tidak akan memecat anggota-anggotanya tetapi akan memberi penjelasan agar mereka faham bahawa mereka harus taat kepada parti dan bukannya individu.

Last changed: December 10, 1999