ReformIS

[ Contents | Post ]

MM yang beri rezeki kepadanya

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 21:16:23

Comments

Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman yang dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan tugas yang akan dihadapinya sebagai paling mencabar iaitu mengembalikan kefahaman Islam di kalangan umat Islam negara ini.

"Saya sedar tugas kali ini semakin mencabar kerana semakin ramai ulama dari parti PAS yang menjadi pembangkang. Kita perlu menyedarkan mereka serta masyarakat seluruhnya bahawa kerja mentadbir negara dan politik bukannya perkara yang bertentangan dengan akidah," katanya ketika dihubungi di sini.

Anggota baru kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya petang ini.

Abdul Hamid yang kalah di kawasan parlimen Sik, Kedah kepada calon PAS Datuk Shahnon Ahmad dengan majoriti 478 undi pada pilihan raya lepas akan dilantik sebagai senator.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana diberi kepercayaan untuk berkhidmat sekali lagi dalam kabinet.

Abdul Hamid berkata beliau akan meminta bantuan daripada rakan-rakan ulamauntuk membuat cadangan bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai politik dan agama Islam.

Ditanya mengenai rancangan awal beliau, Abdul Hamid berkata beliau akan turut melibatkan kursus-kursus dan seminar untuk pemimpin agama supaya maklumat mengenai agama Islam ini dapat disebarkan dengan tepat agar orang ramai terutama golongan muda tidak bertindak terlalu mengikut emosi bila membicarakan soal agama.

"Kalau semuanya dapat diterima dengan akal dan fikiran yang tenang, barulah umat Islam boleh kuat dan maju," katanya.

+ Apa yang menarik dengan kata-kata Hamid Othman adalah kononnya dia nak majukan Islam di Malaysia. Sedarlah diri sikit. Rakyat dah tolak kamu terhegeh-hegeh nak pangkat jugak. Maka kamu akan katakan yang MM berikan rezeki kepada kamu dan kamu pun bersyukur kepada MM. Ini pegangan apa dah?

Last changed: December 10, 1999