ReformIS

[ Contents | Post ]

Mengapa MM pilih mereka?

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 20:55:02

Comments

MM boleh kata macam-macam tapi hakikatnya dia memilih ahli-ahli kabinet ini atas mainan politik kotornya. Kita harus ingat bagi MM, tidak ada kawan dan lawan dalam politik. Semuanya berkait rapat dengan "power game". Bagaimana MM nak kekalkan kuasa. MM ada Mahafiraun. Jadi dia mesti cari jalan bagaimana nak kekal kuasa.

Antara perkara-perkara yang dia ambil berat adalah:

+ pemilihan UMNO pada bulan Jun/Julai depan. Dia tidak mahu orang lawan dia. Pak Lah takkan lawan dia. Yang akan lawan dia adalah Ku Li dan Najib. Najib nampaknya terkeluar. MM sengaja membawa Tan Sri Musa untuk jadi Menteri Pendidikan yang mana ini adalah jawatan seorang menteri kanan. Maka Tan Sri Musa juga akan terhutang budi pada nya.

+ penyokong-penyokong DSAI dalam UMNO semuanya kena main. Ramai yang tukar kem sebab ada kes rasuah, perempuan atau jenayah. Mereka yang kononnya sokong UMNO dan sokong DSAI adlaah melayu-melayu bangsat yang mudah diperbodohkan oleh MM. Kalau orang Cina dikatakan sokong DAP, sokong PAS maka kita juga boleh tuduh sesiapa saja yang bersekongkol dengan UMNO adalah bersekongkol juga dengan MM. Bukan begitu? Mereka ini ramai dalm kabinet baru ini.

+ nampaknya satu pun dari Kelantan/Terengganu tidak dipilih MM. Apakah dia sudah berkerat rotan dengan rakyat Kelantan/Terengganu? Kalau ini benar maka BA akan terus berkuasa untuk jangkamasa yang lama. Ibrahim Ali tersungkur habis. Begitu juga Annuar Musa dan Mustapha Muhammad yang sokong MM membuta tuli. Begitu juga dengan Ku Li. Rais Yatim ketawakan dia sebab dia dapat tapi Ku Li tak dapat. Inilah bentuk mainan politik MM yang sangat kotor. Selepas mereka ini membantu dia menyeberangi sungai, MM tinggalkan mereka begitu saja. Hangat lagi perhimpunan UMNO nanti.

+ kita melihat ramai wakil Cina dalam kabinet. Ini jelas sebagai hadiah kerana memenangkan BN dalam pilihanraya '99. Yang rugi adalah orang melayu.

+ MM ambil Hamid Othman (Haman) kerana permainan politik juga. Semua ulamak UMNO sudah tertiarap. Hamid diperlukan untuk sokong MM dalam pemilihan UMNO nanti. Rakyat sudah tolak dia tapi MM ambil supaya Hamid akan terus setia menghambakan diri kepada MM.

Komen rakyat adalah barisan kabinet ini tidak berwibawa. Banyak pilih kasih. Suara ahli tidak dipedulikan. Lebih ahli-ahli keluar UMNO beramai-ramai. Mereka ditipu bulat-bulat oleh MM.

Last changed: December 10, 1999