ReformIS

[ Contents | Post ]

LIMA TUNTUTAN RAKYAT KEPADA AHLI UMNO

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 01:38:10

Comments

LIMA TUNTUTAN RAKYAT KEPADA AHLI UMNO

Pilihanraya sudah selesai. UMNO, walaupun cuma dengan bantuan kaum Cina dan India, berjaya juga memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen dan DUN. Dengan kemenangan ini, kekuasaan kekal ditangan UMNO dan para pemimpinnya. Oleh itu, kita merasakan tidak ada lagi keperluan mereka untuk terus menindas rakyat, sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Dengan yang demikian, rakyat ingin mengemukakan 5 tuntutan berikut kepada UMNO dan para pemimpinnya :

1. Bebaskanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sekiranya terlalu sukar, berilah layanan penjara yang berperikemanusiaan kepada beliau. Janganlah lagi beliau diracun atau cuba dibunuh. Kasihanilah isteri dan anak-anaknya.

2. Singkirkanlah Mahathir. Semua ahli UMNO sedar bahawa Mahathir merupakan pemimpin UMNO paling buruk dalam sejarah. Kerana perbuatannya yang melampaui bataslah UMNO mengalami kemerosotan yang amat teruk.

Bahkan, beliaulah satu-satunya pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan Israel untuk kepentingan politik. Ingatlah, kita di akhirat nanti dipanggil bersama pemimpin kita sendiri. Jangan hendaknya kita nanti berdiri di belakang Ehud Barak, Mahathir dan Syed Hamid Albar. Kalau boleh, singkirkanlah beliau di Perhimpunan UMNO yang akan datang. Kalau tak ada yang nak bertanding dengan dia, buatlah undi tidak percaya. Semakin lama dia memimpin, semakin hancur negara kita.

3. Janganlah berkawan dengan Israel. Apalah faedahnya berkawan dengan bangsa pengganas ini. Adakah kalian tidak ingat apa yang mereka lakukan terhadap pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatilla dahulu ? Orang Islam disembelih hidup-hidup !

Takkan pula anda sanggup melihat anak, cucu, adik-beradik dan saudara mara anda disembelih oleh Israel ? Kerana secebis kekuasaan ? Pada pendapat saya, amat tidak berbaloi. Fikirkanlah kembali.

4. Untuk pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah terpilih, lihatlah kembali apa yang anda telah dan harus lakukan kepada bangsa Melayu.

By now sepatutnya kamu sekelian sudah sedar bahawa orang Melayu yang mengundi BN cuma kurang dari 30%. (Undi BN pilihanraya 1995: 65% dengan sebahagian besar bukan Melayu, terutamanya Cina menyokong pembangkang. Pilihanraya 1999 : pengundi BN ialah 30% Melayu, 20% Cina dan 6.5% India bersamaan 56.5%). Ke mana orang Melayu yang 30% ini hendak dibawa? Di mana pula orang Melayu yang 70% itu hendak ditinggalkan?

Pada pendapat saya, elok sangatlah para YB berkira-kira kembali keahlian dengan BN. Dengan trend sekarang ini, anda sekelian adalah golongan minoriti di kalangan orang Melayu. Mahathir akan mati namun bangsa Melayu, bak kata Hang Tuah, akan kekal. Janganlah nanti anak cucu anda terpinggir oleh bangsa sendiri dek perbuatan anda. Kita amat menggalakkan para YB sekelian mengikut jejak langkah calon Gerakan yang menjadi calon Bebas. Cuma inilah mungkin sumbangan bermakna anda kepada rakyat.

5. Gunakanlah wang rakyat dengan bijak. Kalau 5 tahun dahulu duit Petronas, KWSP, Tabung Haji sudah dilanyak sesuka hati oleh Mahathir untuk projek-projek yang menjadi hobinya, janganlah lagi berbuat begitu untuk 5 tahun akan datang.

Gunakanlah duit rakyat untuk memulihkan ekonomi dengan sebenar-benar pemulihan. Rakyat sudah tidak larat dengan ekonomi yang lembab dan duit yang murah. Nak beli barang itu ini pun sudah tidak mampu.

Demikianlah 5 permohonan dari saya, seorang rakyat dari golongan marhain. Semoga permohonan saya ini mendapat pertimbangan wajar dari semua YB.

Sekian, Wassalam.

Takbir! Takbir! Takbir!

REFORMIS 1999

Last changed: December 10, 1999