ReformIS

[ Contents | Post ]

My Oh My

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 01:24:56

Comments

My Oh My My Oh My

Tidak Tuhan Menjadikan kita Melainkan untuk sujud kepadaNya Manusia berbagai bangsa Supaya saling mengenali antara mereka Tapi mengapa ketepikan YANG TERUTAMA untuk membela maruah bangsa? Mengapa kita keterlaluan dalam membina, menghimpun jasa dan ketamakan dunia? Sehingga yang miskin tidak terbela, yang kaya bertambah kaya, Yang angkuh dan zalim menjadi Raja?!

My Oh My

Ingatlah, kegemilangan hari ini Tidak mempunyai makna Istana yang terbina tanpa ciri-ciri sediaterima rakyat jelata yang terperuk jauh di desa Mereka terpegun tidak terkata di hadapan tangga-tangga Yang tinggi dan banyaknya sukar pula untuk mendekatinya Perbezaan taraf amat ketara Pintu No. 10 Downing Street , London Lebih ternama, tak mudah dilupa, lebih bermakna

My Oh My

Apakah perlu pada yang TERTINGGI? Tak cukup satu berkembar pula Esok lusa ada yang melebihinya dengan mudah hilang nama Kalau YANG PERTAMA, lebih bermakna Beban hutang bagaimana? Bangunan kosong menambah derita Bukan satu tetapi dua Dua kosong, dua kosong (2020) Ibarat...sudah jatuh ditimpa tangga! Siapa yang akan menanggungnya?

My Oh My

Usia kita pendek, dunia hanyalah sementara Buatlah yang memadai dengan fitrah kita Rome tidak dibangunkan dalam satu hari Perlukah kita cuba membuat segala-gala dalam sekelip mata Untuk bermegah dan mencari nama Tanpa kira untung dan rugi? Kononnya dapat membela maruah bangsa Tiada siapa yang irihati! Malaysia kini dipandang sepi, hati rakyat bertambah benci Adakah ini yang dicari? Pada usia 'Dunia kata pergi, Kubur kata mari!' 'Salah Siapa' kata KRU 'Salah mereka' pula kata mu! 'Mereka' adalah Penyokong yang dungu Yang sanggup biarkan mu begitu!

My Oh My

Tidak pernah dalam sejarah Yang tak bertanding sasaran utama parti yang memerintah Inilah pencapaian YANG PERTAMA Dalam arena Politik Dunia! Ustaz tidak resah Sokongan kini kian bertambah Lihatlah sahaja keadaan di Kedah Buat Terengganu lupakan sahajalah Kalau 680 000 pengundi baru tidak disekat,.. Entahlah, tentu parah

My Oh My

Hingga disaat 'kemenangan' masih sanggup mencaci Kononnya seoang ibu dan anak-anaknya menangis ke sana kemari, mendapat undi simpati Alangkah jijik yang tersemat di hati seorang Perdana Menteri Kalau tua bangka tidak sedar diri menangis ke sana ke mari, apa pula erti?

My Oh My

Manusia mudah lupa diri Apabila berkuasa terlalu lama Tidak apalah, selagi ada sokongan diberi Pacal-pacal yang hina, dungu , pekak dan buta... Bertakhtalah untuk habiskan usia tua! Teruskan ugutan, tipudaya, Kongkonglah kebangkitan sedaya upaya Tapi ingat , 'COUNTDOWN' sudah bermula!

Last changed: December 10, 1999