ReformIS

[ Contents | Post ]

Semata-mata Kerana Allah

From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 19:21:59

Comments

Semata-mata Kerana Allah Millenium: Pandangan Saorang Muslim

Thu Dec 9 08:59:26 1999

Diulangi sebagai Peringatan pada Malam Kedua Ramadhan untuk manafaat semua saudara/i Muslimin dan Muslimat. Selamat Berpuasa.

Sambutan Millenium : Pandangan Saorang Islam Semata-mata kerana Allah

Tahun 2000 alaf baru atau - the millennium - akan disambut dalam masa hanya beberapa hari sahaja dari sekarang. Banyaklah kemungkaran serta ftnah yang akan Žerlaku dengan sewenang-wenangnya sebelum dan selepas jam 12 malam pada 31 Disember ini.

Dalam berpesta dan bersuka ria dimalam menyambut millenium itu sudah tentu akan berlaku fitnah dan kemungkaran. Bermacam jenis hiburan, arak, dadah, zinar dan bermacam lagi kemungkaran dijangka akan berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Pasti ramai yang tidak sabar menuggu waktu menandakan masuknya alaf baru tersebut. Bermacam persiapan telah dibuat di seluruh pelusuk dunia untuk meraikan ketibaan tahun 2000 tersebut. Malahan ada negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam turut mengaturkan acara menyambut peristiwa yang berasakan agama Kristian itu.

Pasti ramai orang-orang Islam yang sudah pun membuat perancangan sendiri untuk menyambut millenium tanpa menghiraukan bahawa ianya jatuh dalam bulan Ramadhan dan sebenarnya adalah upacara agama Kristian untuk menandakan 2,000 tahun sejak agama Kristian mula disebarkan.

Tidak kuranglah peranan media dalam mempengaruhi minda kita semua.

Kebetulannya millenium ini jatuhnya pada malam 24 Ramadhan, yang mungkin malam Laylatul-Qadr. Ini pasti adalah rahmat dari Allah untuk menyelamatkan orang-orang Islam dari terjerumus kedalam kancah kemungkaran yang akan berlaku pada malam pesta kemungkaran menyambut millenium tersebut. Orang orang Islam yang beriman sudah pasti akan menghormati bulan Ramadhan dan akan menjaga ibadah puasa mereka dengan menjauhkan diri sama sekali dari segala acara sambutan millenium tersebut.

Semua orang Islam diseru mengasingkan diri anda dan keluarga anda dari bersubahat dengan melihat sambutan millenium ini dari kaca TV atau pergi melihat acara- acara bersuka ria yang telah diaturkan. Hormatilah bulan Ramadhan dan habiskanlah malam berkenaan yang mungkin malam Laylatul-Qadar dengan mengerjakan segala ibadat Ramadhan samada dimasjid dan surau atau dirumah masing-masing. Elakkanlah diri anda dan keluarga anda dari kemungkinan dikira diakhirat nanti sebagai termasuk dalam gulungan mereka yang mungkar.

Sambutan millenium yang akan diraikan dengan bermacam jenis kemungkaran itu mungkin akan membawa kepada azhab dan bala diturunkan Allah. Sebagai orang Islam jauhkanlah sama sekali diri kita dan keluarga kita dari sambutan kemungkaran yang berdasarkan agama Kristian ini dan disebaliknya pula penuhkanlah malam tersebut dengan amalan-amalan ibadah Ramadhan untuk mendekatkan lagi diri kita dan keluarga kita kepada apa yang dituntut dan diredhai oleh Allah SWT.

Wahai saudara/saudari yang beragama Islam. Anda bebas memileh. Dan diharap anda akan memileh menolak sama sekali kemungkaran yang bernama millenium itu.

Nota : Sila cetak dan edarkan kepada semua orang Islam di pejabat atau dikawasan anda.

Wassalam.

Last changed: December 09, 1999