From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 02:52:17
PEMILU ke-11: Jentera Kawalan Peti Dan Kiraan Undi
Assalamualaikum, w.r.t
Walaupun BA tewas dalam pilihan raya lalu, kita masih merayakannya kerana sekurang-kurangnya terubat dengan pengekalan/kejatuhan Kelantan dan Terengganu ke tangan BA.
Sejak selepas pilihan raya hingga kini, banyak sudah maklumat dan analisis tentang kekalahan BA dalam Pemilu ke-10. Saya tidak mahu ikut sama dengan penghujahan-penghujahan tersebut, tetapi sekadar memberi peringatan kepada BA sebagai panduan di pemilu ke-10.
Kemenangan seseorang calon atau sebuah parti sebenarnya bukan sahaja ditentukan oleh jumlah undi yang memihak mereka, tetapi juga oleh cara kertas undi itu diuruskan (dimasukkan dalam tong yang benar-benar selamat, cara dibawa ke tempat pengiraan dan cara pengiraan) sehingga kepada keputusan menang/kalah secara rasmi diumumkan.
Saya cukup hairan dalam pada masyarakat sudah tahu bahawa banyak penipuan akan dilakukan pada Pemilu ke-10, pihak BA semacam cuai dengan proses pengumpulan, pembungkusan, pemindahan dan pengiraan kertas undi. Satu contoh yang paling jelas ialah kes Parlimen Lembah Pantai: dimaklum oleh RTM pada lebih kurang pukul 10.30 malam bahawa pengiraan undi sedang rancak dijalankan di pusat pengiraan, Bangsar. Tetapi dinyatakan juga bahawa ada lagi peti yang belum sampai. Yang menghairankan saya, macam mana Sabah dan Sarawak yang begitu mundur, tetapi peti undi boleh pula sampai dan dikira jumlah undian dengan begitu pantas yang dulunya ambil masa berhari-hari. Sedangkan Bangsar dan kawasan lain di sekitar Lembah Pantai yang hanya boleh ambil masa beberapa minit, tetapi sehingga pukul 10.30 masih ada peti yang belum sampai.
Di sinilah nampak kelemahan jentera kawalan BA. Sepatutnya BA mempunyai maklumat yang lengkap bagi setiap kawasan yang ditandinginya tentang jumlah pengundi, jumlah tempat mengundi, jumlah peti undi yang digunakan, dan jumlah tempat pengiraan undi. Perlu kemaskan maklumat sama ada kertas undi akan dikira di tempat mengundi atau pun tidak. Jika tidak, ke mana peti-peti itu akan dipindahkan. Dan melibatkan berapa jauh dan berapa minit perjalanan dari satu tempat undi tertentu ke pusat pengiraan tertentu. Hendaklah wakil BA mengiring peti undi yang dipindahkan itu, walaupun dari jarak yang agak jauh (jika tidak dibenarkan oleh SPR).
Jika berlaku sebarang keganjilan (misalnya peti lewat sampai dari masa yang sewajarnya), maka protes segera kepada SPR perlu dilakukan. Kalau tak boleh dengan lembut, buat kasar sedikit spt di Kelantan. Di sana, pegawai-pegawai SPR terpaksa akur dengan desakan keras wakil-wakil BA supaya berlaku adil.
Kita harus ingat bahawa pegawai-pegawai SPR bukannya ramai di setiap tempat pembuangan atau pengiraan undi. Jadi, kalau kita rasa apa yang berlaku sangat bertentangan dengan maklumat undian yang kita ada; antaranya jumlah kertas undi yang tak sama, bilangan tong undi yang berlebihan dari yang sepatutnya, peti undi yang lambat samapi ke pusat pengiraan etc. Orang Kelantan (pihak BA) tersangat berhati-hati, hinggakan lampu alternatif mereka sediakan supaya tidak berlaku kes "black-out" yang tiba-tiba dan pertukaran peti undi pun berlaku. Malah, Terengganu pun mula ikut jejak Kelantan, dengan berwaspada terhadap segala penipuan BN.
Pada pandangan orang Kelantan, orang luar terlalu lurus bendul. Sebab itulah mereka orang luar mudah di sembelih oleh orang UMNO. Tengoklah di Johor dan Negri Sembilan, macam mana dahsyat UMNO buat pada agama dan orang Melayu, masih banyak orang yang menyokong parti itu.
Saya harap anggapan orang Kelantan terhadap orang luar seperti itu salah pada masa depan dengan cara lebih berhati-hati dengan kawalan kertas dan peti undi. Cuba fikirlah, kalau bapak UMNO (MAHAFIRAUN) boleh tipu identitinya (nama, keturunan dan gambar muda untuk pilihan raya), jangan harap anak-anak UMNO didikannya bersikap jujur. Kalau bapak penipu, semesti anaknya adalah pembangsat.
Satu lagi ingatan saya ialah teruskan usaha-usaha mendesak SPR supaya bersikap telus dalam pilihan raya berikutnya. Desak mereka supaya dihapuskan undi pos; kalau tak mahu dihapuskan, desak mereka supaya dibenarkan pengiring dari pihak-pihak bertanding semasa pilihan raya, pemindahan peti dan pengiraan undi. Desak mereka juga supaya tidak wujud lagi pertindihan no. I.C. Desak mereka supaya menggunakan dakwat bagi yang telah mengundi. Desak mereka juga supaya mengadakan pendaftaran dan penyediaan senarai yang diwartakan terlebih awal supaya tidak berlaku lagi kes 680,000 pengundi yang tidak dapat mengundi seperti masa lalu. Saya dengan, mana-mana pengundi yang mendaftar melalui KEMAS semuanya dibenarkan mengundi dalam pilihan raya lalu. Mungkin lain kali penyokong-penyokong BA patut juga daftar melalui KEMAS.
Desakan-desakan seperti itu perlu dilakukan dari hari ke hari hingga SPR bosan dan mula tunduk kepada kehendak rakyat. Kalau dekat nak pilihan raya baru nak desak, maka kesilapan lalu akan diulang lagi dan akhirnya rakyat bosan denga ahli-ahli politik, mungkin termasuk dari BA.
Wassalam.