ReformIS

[ Contents | Post ]

MCA Cadang Labuan Jadi Pusat Kasino

From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 02:28:55

Comments

MCA Cadang Labuan Jadi Pusat Kasino

Bahagian MCA Labuan mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan membuat pertimbangan untuk mewujudkan sebuah pusat perjudian atau kasino mirip pusat perjudian Genting di Labuan.

Pusat kasino ini juga dicadangkan untuk dilengkapkan dengan kemudahan rekreasi keluarga menjadikan Labuan sebagai pusat perjudian di Timur Malaysia. Pengerusinya, Roger Chua Tuan Song menyebut bahawa cadangan ini mengambil kira status Labuan sebagai kawasan bebas cukai, Pusat Kewangan Antarabangsa dan lokasinya yang berhampiran dengan Sarawak dan Brunei.

Cadangan ini dikemukakan sebagai penyelesaian kepada masalah ekonomi Pulau Labuan yang tidak berkembang dan juga untuk menggalakkan perkembangan industri pelancongan. Sebelum ini cadangan untuk mewujudkan kasino di Labuan telah dibangkitkan beberapa tahun yang lalu tetapi tidak dilaksanakan kerana bertantangan dengan polisi kerajaan.

Roger Chua berkata dia akan membangkitkan semula cadangan ini berdasarkan Parti Bersastu Sabah (PBS) dalam Dewan Undangan Negeri baru-baru ini untuk mempertimbangkan pewujudan sebuah kasino di negeri Sabah. Pulau Papan yang terdiri daripada beberapa buah pulau di sekitar Pulau Labuan dianggap sesuai oleh Roger Chua untuk didirikan kasino.

(Terjemahan sendiri) Dipetik dari Daily Express (Sabah) Terbitan 8 Disember 1999

Kepada para pengundi Islam di Pulau Labuan, lihatlah kepada apa yang bakal terjadi kepada tempat lahir kalian. MCA sebagai sebuah parti komponen BN yang diketuai oleh Mahathir@MAHAFIRAUN (Pengakuan sendiri) berani untuk mencadang mewujudkan sebuah pusat perjudian/kasino di Pulau Labuan tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk Labuan yang majoriti beragama Islam. Sekarang lihatlah! Sesuatu yang kita ingin dengar berkenaan cadangan ini ialah respon daripada Wakil Rakyat Labuan yang baru, Hj. Suhaili Abd. Rahman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam kerana cadangan ini dibawa dalam sidang DUN Sabah yang baru sahaja berlangsung. Rakyat ingin tahu sama ada YB Suhaili dan Kerajaan Negeri Sabah akan membantah kepada cadangan ini. Berdasarkan maklumat dan cerita orang KK, ramai YB-YB UMNO (termasuk bertaraf menteri) dan YB Komponen Sabah menghabiskan duit di kasino-kasino kecil sekitar Bandar KK seperti yang terdapat di Tanjong Aru dan Davao (Selatan Filipina) yang berdekatan dengan Sabah.

Roger Chua Tuan Song juga menyebut cadangan ini mengambil kira lokasi Labuan yang berdekatan dengan Sarawak dan Brunei. Apa Tuan Song ini fikir rakyat Sarawak dan Brunei kaki judikah? Kalau dia hendak berjudi sampai mampospun, main sahajalah Mahjong dirumah sendiri dan panggil kawan-kawan sampai habis harta benda awak. Jangan fikir kerana rakyat Brunei banyak duit, maka kasino patut didirikan di Labuan. Apakah Tuan Song Moh Chai PBS ini bercadang menjadikan Labuan sebagai Mini Macao. Apakah tidak ada cara lain untuk membuat ekonomi Labuan berkembang selain daripada pusat perjudian. Lihatlah betapa dangkal dan ceteknya pemikiran para pemimpin komponen BN. Selain tiada rasa sensitiviti dan pemikiran yang cetek, MCA juga tidak mempunyai pemikiran yang kreatif. Yang mereka tahu, kalau ekonomi nak berkembang, buka pusat perjudian; tanpa megambil kira maslah -masalah sosial yang akan berlaku.

Kepada para pendudk Labuan, kalian telahpun membuat pilihan. Sejak Labuan jadi Financial Offshore, pusat maksiat karaoke, massage centre tumbuh macam cendawan. Minuman keras harganya macam beli air sirap. Sekarang kita juga dengar cerita ada pekerja perempuan di Labuan buat part-time jadi pelacur dan jadi perempuan simpanan. Kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik, adalah anda semua redha anak-cucu jadi manusia keparat. Janganlah Pulau Labuan nanti dilaknat oleh Allah dan menjadi seperti apa yang berlaku di Turki bila sebahagian bandar tenggelam hampir tiga ratus meter dalam laut.

Kepada Wakil Rakyat BA, boleh membuat usul bantahan kepada BN dan Liong Sik dalam Parlimen.

Last changed: December 09, 1999