ReformIS

[ Contents | Post ]

DaimQ juga anti kharaj

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 20:40:52

Comments

Cadangan kerajaan PAS Terengganu untuk memperkenalkan kharaj, iaitu cukai ke atas aktiviti perniagaan bukan Islam, telah menjejaskan keyakinan pelabur-pelabur ke tahap tertentu, kata Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin hari ini.

Beliau berkata para pelabur secara peribadi telah menyatakan kebimbangan mereka berhubung perkara itu.

"Walaupun ia hanya satu rancangan, tetapi mereka benar-benar bimbang kerana ia boleh menjejaskan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh kesyukuran Barisan Nasional Merbok di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, di sini.

"Jika tidak, mereka akan menakut-nakutkan pelabur, dan pelabur akan lari ke tempat lain," katanya.

"Jika anda keluarkan segala macam kenyataan dan terdapat bantahan, rakyat akan berkata anda tidak menimbang dengan teliti. Anda terlalu cepat buat keputusan tanpa memikirkannya dengan teliti. Perlu ada perancangan dan penyelidikan yang sempurna," katanya.

+ ini satu bukti jelas DaimQ anti kharaj.

+ dia tahu dan kita tahu bahawa media BN yang mempolitikkan isu ini.

+ dia tahu dan kita tahu bahawa perkara ini hanya akan terlaksana selepas kajian terperinci dibuat serta rujukan kepada perlembagaan negara.

Last changed: December 08, 1999