ReformIS

[ Contents | Post ]

20.12.99 : Jomo lawan SPR

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 19:34:16

Comments

Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 20 Dis ini permohonan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggugurkan saman yang dikemukakan oleh pensyarah Universiti Malaya Prof Dr Jomo Kwame Sundaram yang memohon pilihan raya umum 29 Nov diisytiharkan tidak boleh diadakan tanpa melibatkan 680,000 pengundi yang baru berdaftar. Pada 17 Nov, Jomo, 46, memfailkan saman terhadap SPR, mendakwa bahawa pilihan raya itu tidak boleh diteruskan kerana ia diadakan tidak selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Jomo, yang berdaftar sebagai pengundi pada akhir April atau Mei tahun ini, mendakwa bahawa 680,000 pengundi baru itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan perkara itu bercanggah dengan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon agar diisytiharkan bahawa sebagai pengundi yang baru berdaftar, dia berhak mengundi bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan dan bagi kawasan negeri Bukit Gasing pada pilihan raya umum 29 Nov.

Pada pilihan raya lepas, SPR menggunakan senarai pemilih 1998, yang disahkan pada 7 Jan tahun ini.

Mereka yang berdaftar sebagai pengundi tahun ini tidak boleh mengundi pada pilihan raya itu, menurut SPR.

Last changed: December 08, 1999