ReformIS

[ Contents | Post ]

Kerajaan akan haramkan Harakah?

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 02:48:23

Comments

Antara faktor menyebabkan Umno kurang diyakini rakyat kerana ketiadaan medianya sendiri bagi menangkis pelbagai tuduhan liar terhadap Umno dan kepemimpinannya yang dilakukan Pas menerusi lidah rasminya, Harakah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Annuar Musa, berkata keadaan itu berlaku kerana sikap liberal kerajaan seolah-olah membiarkan Harakah menyebarkan fitnah sesuka hati.

Katanya, sikap terlalu liberal kerajaan jelas merugikan Umno dan dilihat dalam keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

+ Berita ini memberi gambaran bahawa Harakah mungkin diharamkan. Tak cukup dengan kegilaan media tempatan yang menyanggah semua akta pengiklanan, mereka ingin haramkan Harakah kononnya kerajaan terlalu liberal.

Last changed: December 08, 1999