ReformIS

[ Contents | Post ]

Gambar boleh direka

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 02:43:16

Comments

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan lidah rasmi Pas, Harakah, bahawa ia telah mengubah suai gambar sambutan rakyat Perlis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di Kangar, Perlis, pada petang Sabtu 27 November lalu.

Gambar yang diedarkan oleh Bernama dan disiarkan di muka depan Berita Minggu pada 28 November lalu, didakwa sudah diubah suai bagi menampakkan sambutan orang ramai terhadap Dr Mahathir adalah lebih besar daripada sebenarnya.

Harakah dalam keluaran terbarunya bertarikh 6 Disember telah menyiarkan semula gambar itu dan membulatkan dua wajah dengan mendakwa kedua-duanya adalah Perdana Menteri.

+ kalau media tempatan boleh manipulasi berita dan mengedit gambar maka dalam kes ini perkara itu juga boleh dilakukan. Teringat kita gambar DSAI digantikan dengan gambar Pak Lah. Apakah itu tidak benar? Janganlah cuba bohong rakyat. Rakyat bukan bodoh. Yang bodoh adalah melayu bangsat.

Last changed: December 08, 1999