ReformIS

[ Contents | Post ]

UMNO Pahang terus bergolak

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 02:22:04

Comments

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Fauzi Abdul Rahman menafikan berlakunya pergeseran antara beliau dan istana Pahang.

Katanya, beliau dukacita dengan cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan istana kerana ia berlaku pada permulaan kariernya selaku anggota Dewan Undangan Negeri setelah menjadi Anggota Parlimen Kuantan sebelum ini.

"Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ini. Mungkin kehadiran saya di istana tidak diperlukan," katanya kepada pemberita di sini.

Fauzi merujuk kepada majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di Istana Abu Bakar di Pekan pada Sabtu lepas apabila beliau diminta meninggalkan Bilik Menghadap sebelum majlis bermula.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya diminta meninggalkan istana. Mungkin saya telah melakukan dosa besar sehingga kehadiran saya di istana tidak diperlukan," katanya.

+ Peristiwa ini jelas menunjukkan ada masalah dan perbalahan di kalangan para pemimpin UMNO di Pahang. Maka UMNO Pahang terus bergolak.

Last changed: December 08, 1999