ReformIS

[ Contents | Post ]

Antara Zakat dan Kharaj

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 23:28:41

Comments

Antara Zakat dan Kharaj

Assalamualaikum wr.wbrkth.

Terlebih dahulu saya rakamkan jutaan tahniah atas kemenangan BA ke atas Negeri Terengganu serta majoriti yang meningkat semasa pilihanraya yang baru lepas.

Kemenangan tersebut sedikit sebanyak memberikan tamparan hebat kepada BN dan perpecahan antara sesama mereka telah ketara sekarang ini.

Namun kemenangan ini hakikatnya adalah dari Pertolongan Allah Taala yang menjadi faktor utama penyumbang kepada kemenangan di samping beberapa faktor lain seperti:

a. Kes SDR ANWAR IBRAHIM serta perjuangan Kak Wan Azizah dan Nurul Izzah.

b. Kebangkitan Islam.

c. Pendedahan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

d. Kebangkitan Islam di Indonesia.

e. Kemasukan Ulamak menyokong BA.

f. Kenyataan-kenyataan MAHAFIRAUN menentang Islam.

g. Kesedaran rakyat.

Kemenangan ini perlu dijadikan iktibar untuk kita lebih bertenaga menyusun gerakan Islah / Reformasi bermula dari sekarang. Antara cadangannya:

1. Markaz BA perlu diperkemaskan termasuk menghidupkan ceramah mingguan/bulanan.

2. Mengadakan Islamic Cyber di markaz BA.

3. Kelas-kelas pengajian di markaz.

4. Memperbanyakkan markaz.

5. Memperbanyakkan informasi kepada rakyat.

Sekarang BN tengah cuba merosakkkan kepercayaan penyokong BA dengan memberikan contoh buruk kepada kepimpinan PAS di Terengganu. Maklumlah orang dah menang sorak...tapi kampung tergadai...yang dia kejar tak dapat...yang dikendong pula keciciran.

Isu terbaru....berkenaan dengan Kerajaan PAS Terengganu yang menghapuskan bayaran Tol serta cukai pintu bagi rumah yang tiada hasil apa-apa disamping itu Kerajaan Negeri Terengganu telah menukarkannya dengan zakat dan kharaj. Isu tersebut telah diputar belitkan seolah-olah Kerajaan PAS Terengganu cuba menipu rakyat.

Zakat sememangnya merupakan kewajipan setiap individu muslim membayarnya samada zakat fitrah, harta benda, ternakan ataupun perniagaan. Duit zakat akan digunakan semula untuk lapan asnaf, membantu fakir miskin atau umat Islam yang susah dalam membangunkan ekonomi, menguruskan kemajuan dan pembangunan untuk mereka.

Kharaj pula dikenakan ke atas non-muslim sama seperti zakat dikenakan ke atas umat Islam. Kharaj pula digunakan untuk membantu membangunkan ekonomi non-muslim, menguruskan kemajuan dan pembangunan untuk mereka serta menjaga kebajikan mereka. Wang tersebut akan diuruskan oleh Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Pusat.

Sistem Islam adalah sistem yang adil. Apabila Islam memerintah sesuatu Negeri atau Negara, maka menjadi kewajipan Pemimpin Islam untuk berlaku adil ke atas semua rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Rakyat Negeri Terengganu samada yang Islam mahupun bukan amat bertuah kerana berada di bawah kepimpinan Islam PAS yang akan mengambil berat kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyatnya.

PASti ADIL

Last changed: December 07, 1999