From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 19:46:30
Kata Keng Yaik:
"Selepas menemui dan berbincang dengan kedua-dua mereka, barulah saya menyedari tentang wujudnya percanggahan yang mendalam antara kedua-dua pihak dalam Gerakan Pulau Pinang.
"kedua-dua pihak mempunyai perselisihan yang mendalam tetapi saya akan berusaha untuk mengatasi perselisihan itu," kata Dr Lim dalam satu kenyataan bertandatangan yang dikeluarkan di sini.
Kedua-dua anggota dewan undangan negeri itu -- Lim Boo Chang (Datuk Keramat) dan Lim Chien Aun (Bayan Lepas), keluar dari Gerakan Khamis lalu kerana tdak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
+ Bolehkah kita percaya dengan reaksi Keng Yaik ini? Dia juga pandai berlakon. Apa sudah jadi, menang pilihanraya tapi jadi begini? Sebenarnya yang lemah adalah kepimpinan Keng Yaik sendiri. Kita marah kepada Keng Yaik kerana beliau kerap menghina Islam. Nah,...kamu selesaikan masalah ini dulu dan jangan sibuk-sibuk hal orang.