ReformIS

[ Contents | Post ]

Penipuan kertas undi di Trengganu.....

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 03:19:08

Comments

Penipuan kertas undi di Trengganu.....

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, seorang sahabat saya yang terlibat dalam pilihanraya sebagai petugas di sebuah pusat pengundian telah mendedahkan, adanya taktik kotor Bn yang telah melumurkan sejenis bahan kimia kepada kertas Undi iaitu di bahagian kertas undi parti Pas. Kejadian ini telah berlaku di Terengganu Darul Iman. Sahabat saya ini telah menjadi petugas di kawasan Dun Wakaf Mempelam, iaitu di Losong.

Namun begitu, taktik kotor ini telah diketahui lebih awal oleh para pengundi di terengganu, oleh itu mereka telah mengesat bahagian yang dilumurkan bahan kimia itu dengan kertas tisu. Fungsi bahan kimia itu adalah untuk memadamkan/menghilangkan kesan pangkahan atau kesan dakwat yang dibuat oleh pengundi yang menyokong parti Pas. Oleh itu, undi untuk Parti Pas akan dikira sebagai undi rosak. namun begitu, Allah S.W.T. tidak mengizinkan perkara jahat ini daripada berlaku.

Pengundi-pengundi BA di Terengganu telah menyedari perkara ini lebih awal lagi dan telah mencegah taktik kotor BN ini daripada berjaya. Hasilnya, Pas telah memenangi pilihanraya di negeri darul Iman ini.

Last changed: December 07, 1999