ReformIS

[ Contents | Post ]

Isu kharaj terus dipolitikkan

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 21:24:56

Comments

Naib Presiden parti Gerakan Datuk Dr Kang Ching Seng berkata Gerakan membantah cadangan kerajaan Terengganu pimpinan PAS untuk mengenakan cukai kharaj terhadap rakyat bukan Islam di negeri itu.

Kang juga berkata, DAP turut bertanggungjawab dengan perkembangan terbaru kerajaan negeri Terengganu itu kerana parti itu telah meminta rakyat bukan Islam untuk menyokong PAS pada pilihan raya baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya berkata, cadangan kharaj oleh kerajaan negeri Terengganu itu bertentangan dengan Artikel 11 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, artikel itu menyatakan bahawa tiada sesiapapun harus dikenakan sebarang cukai bagi tujuan agama dan perlembagaan negara merupakan undang-undang yang teratas dalam sistem perundangan negara ini.

+ Kita melihat isu kharaj dipolitikkan. Kita harus ingat bahawa cadangan kerajaan PAS ini haruslah selari dengan perlembagaan negara. Kajian teliti perlu dibuat. Kita tunggu sahaja kertas cadangan yang akan dibentangkan itu.

Last changed: December 06, 1999