ReformIS

[ Contents | Post ]

Annuar bertelagah dengan Ibrahim Ali

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 03:43:33

Comments

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Annuar Musa, berkata JPP masih penting bagi membolehkan kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab (menyalur projek Pusat) termasuk perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di Kelantan.

Katanya, adalah amat sukar bagi Kerajaan Pusat menyalurkan pelbagai bantuan dan pelaksanaan projek Persekutuan di Kelantan jika JPP tidak diwujudkan.

"Kalau kita (Kerajaan Pusat) tutup JPP bermakna kita tutup saluran projek Kerajaan Pusat seolah-olah kita tutup pembangunan dan tanggungjawab kita di Kelantan.

"Kelantan bukan wilayah di negara asing, Kelantan satu negeri dalam Malaysia, cuma ia diperintah Pas," katanya di Sri Puri, Bukit Marak, semalam.

+ jelaslah bahawa pandangan Annuar dengan Ibrahim Ali bercanggah. Lagi parahlah UMNO Kelantan. Ku Li bagaimana? Dia sebelah Annuar atau sebelah Ibrahim?

Last changed: December 06, 1999