ReformIS

[ Contents | Post ]

Antara Igauan Dan Impian

From:
Date: 05 Dec 1999
Time: 21:07:36

Comments

Antara Igauan Dan Impian

Seminggu sudah pun berlalu sejak berlansungnya Pemilu ke-10 yang amat historik sekali. Ia menjadi satu peristiwa yang amat memilukan bangsa Melayu, walaupun bagi kebanyakan orang bukan Melayu ia menjadi simbol betapa mereka bersatu menyokong UMNO dan parti komponen Barisan Nasional untuk menghadiahkan MAHAFIRAUN dengan kemenangan majoriti yang disaluti segala jenis penipuan yang boleh difikirkan. Malahan, ada juga penipuan yang tidak terfikirkan oleh otak yang waras telah pun dilakukan tanpa segan silunya lagi.

Sebenarnya, kami pernah menulis di bawah tajuk "Akan berlakukah Pesta Rakyat ? " pada tarikh 11 November, 1999; di mana kami telah mengemukakan beberapa faktor yang akan digunakan oleh MAHAFIRAUN untuk memenangi pemilu itu. Segala kemungkinan tentang persiapan tong-tong undi palsu dan taktik penipuan MAHFIRAUN telah dirakamkan dalam penulisan itu. Kini, segalanya berakhir sudah. Pada hakikatnya, yang menang terus gembira dan yang kalah tentunya tidak ceria. Allah telah menentukan bahawa keputusan pemilu itu memihak kepada MAHAFIRAUN untuk terus menduganya. Beliau mungkin dapat bermegah sekarang ini tetapi beliau mesti mengambil iktibar bahawa apa yang dinyatakan sebagai kemenangan itu sebenarnya adalah satu ingatan untuk berbuat sesuatu yang positif kepada pemerintahannya. Walaupun terdapat pelbagai jenis penipuan yang merangkumi penggunaan pengundi yang tidak bertauliah dan kertas undi hantu dan sebagainya, pengisytiharan SPR menentukan kemenangan berpihak kepada BN. Ini bererti pihak yang menang harus menerima kemenangan itu sebagai satu amanah sedangkan pihak yang kalah harus mentakrifkan kekalahannya sebagai satu iktibar.

Namun demikian, jikalau pemilu itu telah dinawaitukan sebagai permulaan satu jihad, kekalahan yang berbangkit daripada penipuan yang jelas sudah pasti memertabatkan kekalahan itu sebagai titik kesinambungan satu perjuangan yang suci. MAHAFIRAUN dan para juaknya mungkin boleh terus mendabik dada dengan segala kemenangan yang disaluti kepalsuan. Tetapi, para pejuang yang kalah melalui penipuan terpaksa menganggap kekalahan itu sebagai satu kemenangan yang dirampas oleh satu kuasa yang rakus yang perlu ditumbangkan dengan apa cara sekali pun, walaupun perjuangan yang dipanggil jihad itu berlandaskan susila demokrasi.

Di sinilah terletaknya hikmah perkataan 'JIHAD' itu sebenarnya. Apabila jihad dilancarakan dengan penuh ketakwaan, adalah pantang untuk sesaorang itu berpatah balik dari nawaitu hijrah hidupnya itu, melainkan kemenangan sudah berada di tangannya. Kemenangan yang dirampas daripada yang hak seperti yang berlaku pada Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Marina Yusuff, Subki Latiff, Ruslan Kassim, Ezam, Zaitun, Dr. Hatta, Syed Hussin Ali, Lim Kit Siang dan Karpal Singh (bagi kawsan Parlimen), Sivarasah Rasiah, Irene fernandez, dan ramai lagi ahli politik Barisan Alternatif merupakan satu katalis yang akan mengeratkan perpaduan para reformis untuk menegakkan keadilan di negara yang sekian lama telah diliwat oleh seorang diktator tua yang sudah nyanyok dan para juaknya yang sudah lupa daratan dan mudah lupa akan amanah rakyatnya.

Adalah amat mudah bagi orang yang pro BN mengatakan bahawa kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti yang besar "adalah satu takdir" dan sepatutnya tidak boleh dipertikaikan. Inilah mainan setan yang mahu rakyat lupa daratan. Setiap kemegahan UMNO dan kemenangannya adalah satu takdir. Sedangkan takdir itu adalah satu suratan yang ada kadaq dan kadarnya. Islam mengajar setiap hambanya berusaha tanpa menyerahkan nasib kepada takdir semata-mata.

Jikalau kita ambil kira segala penipuan yang dilaksanakan secara bersistem, apa juga yang akan dilakukan oleh si diktator tua untuk menutup segala salah lakunya dalam memimpin negara selama ini akan tumpas disebabkan berat beban tipu-helah, nafsu serakah dan salahguna kuasa yang dilakukannya selama ini. Mungkin menyedari hakikat ini kita lihatkan seorang ahli politik yang banyak membaca seperti Sanusi Junid sanggup akur kepada keadaan semasa dan menarik dirinya daripada bergiat cergas di arena politik. Melalui pembacaannya, Sanusi tahu bahawa Kedah yang telah dianggap sebagai gelanggang jihad oleh ahli politik Barisan Alternatif akan terus diasak sehinggalah negeri itu jatuh ke tangan BA.

Tidak ada sesiapa yang dapat menyekat pergolakan yang mungkin timbul dalam masa yang terdekat, walaupun Sanusi tidak lagi menjadi Menteri Besar yang baru. Kerana itu juga kita perhatikan semakin ramai ahli politk UMNO yang sudah berani bersuara lantang agar MAHAFIRAUN mengundurkan diri. Semakin ramai pula ahli bawahan UMNO yang sudah pun berani menulis meminta diktator tua itu melepaskan kuasanya. Akan tetapi, kita dapat kesan betapa UMNO melalui media massa telah menggunakan para artis Melayu melaungkan 'faktor takdir' itu sebagai bahan penenang agar orang Melayu menerima kemenangan Barisan Nasional ke atas barisan Alternatif. Yang pastinya para artis itu telah ditakutkan dengan keadaan di Iran selepas tumpasnya Shah Pahlawi. Para artis diberikan gambaran betapa kemenangan PAS akan menutup rezeki mereka kelak.Demikianlah liciknya mainan syaitan dan hanya golongan yang kurang bertakwa akan mudah percaya akan sandiwara yang jijik ini.

Faktor menakutkan yang disebarkan melalui para artis itu nampakanya membawa kesan kepada golongan tertentu di negara ini terutama sekali di kalangan bangsa bukan Melayu. Taktik menakutkan inilah yang sebenarnya melemahkan pengaruh Barisan Alternatif di beberapa tempat di negara ini. Kemenangan yang diperolehi secara tipu muslihat telah meyakinkan beberapa pemimpin BN untuk terus malakonkan aksi menakut-nakutkan itu. Kalau adapun segelintir pemimpin UMNO yang masih angkuh dengan keadaan yang baru berlaku, kita harapkan mereka mengambil iktibar daripada keadaan yang sebenar mengikut kacamata rakyat jelata yang amat perihatin dengan masadepan negaranya, dan bukannya mengikut kacamata seorang diktator tua.

Dalam dunia politik, cakap-cakap semasa berkempen sebenarnya mempunyai nada yang berbeza dengan cakap-cakap ketika kempen sudah berakhir dan keputusan pemilu sudah diketahui umum. Nada-nada tinggi dan cakap-cakap yang condong kepada keegoan adalah menjadi asam garam kempen itu yang yang amat difahami oleh orang politik. Rentak pertuturan amat berbeza dengan pertuturan biasa seharian. Oleh itu, apabila selesai proses berkempen semua yang terbabit mula sedar dan mengorak langkah untuk bercakap berdasarkan kenyataan. Kegagalan seseorang ahli politik menyedari hakikat yang tidak bertulis ini akan menggambarkan betapa ceteknya pemikiran ahli politik yang berkenaan. Kerana itu, apabila Ibrahim Ali terus mencemoh orang Kelantan disebabkan kegagalan UMNO dan BN merampas tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS, Ibrahim Ali sebenarnya menyerlahkan kedangkalannya berpolitik. Inilah sebabnya kenapa Ibrahim Ali merupakan badut politik di kalangan rakyat di Lembah Kelang. Orang Lembah Kelang hanya mampu mentertawakannya sahaja kerana sudah amat faham dengan tingkah lakunya dan kandungan gas pemedih hati yang kerap keluar daripada kata-katanya.

Alhamdullillah orang-orang Kelantan pun sudah memahaminya. Bayangkan apa hasilnya dengan pita rakaman projek membunuh MAHAFIRAUN yang pernah dikemukakan oleh Ibrahim Ali kepada pemberita akhbar. Fikirkan juga apa jadinya dengan projek menyaman orang tertentu kerana fitnah terhadap UMNO dan BN.

Itulah projek Ibrahim Ali semasa menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Kehakiman Negara. Yang paling lucu sekali ialah perlantikannya itu oleh MAHAFIRAUN yang tidak mahu ambil kira bahawa Ibrahim Ali bukannya lulusan ilmu hukum. Perkara lelucon dan kelakar bukan sahaja mainan Ibrahim Ali. Ia juga menjadi mainan orang lain seperti Sanusi Junid yang telah mengajak rakyat Kedah berpesta mencabut uban sang suami yang juga digalakkan untuk lebih pintar mengorat isteri. Bayangkanlah apa jadinya kepada pentadbiran sebuah kerajaan kalau pemimpinnya lebih gemar memikirkan perkara yang remeh temeh untuk mengambil perhatian rakyatnya. Kegagalan Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah itu sebenarnya menyerlahkan kegagalannya sebagai Menteri Pertanian yang dipegangnya untuk satu jangkamasa yang lama, pada satu ketika dulu.

Kalaulah dia benar-benar seorang yang berkaliber tentunya Malaysia sudah mampu menjadi pengekspot ikan kering terbesar di dunia ini. Malahan, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang tidak memerlukan pengimpotan susu dan daging dari luar. Sehingga hari ini kita masih bergantung kepada India untuk bekalan daging beku yang murah, walaupun daging itu berasal daripada lembu tua yang dianggap sebagai lambang keagamaan oleh orang yang beragama Hindu di India.

Sebenarnya orang Melayu harus berasa sedih kalau pun tidak geram ataupun marah kerana kegagalan kerajaan BN menjadikan negara ini sebuah negara yang mampu mengeluarkan bekalan dagingnya sendiri. Kita mempunyai tanah yang luas dan bekalan makanan binatang yang amat murah tetapi berzat untuk menternak lembu dan kambing bagi keperluan sendiri. Perkara ini tidak berlaku kerana adanya gejala kerakusan pihak tertentu yang memegang kuasa di Kementerian Pertanian. Teknologi Vaterinari sudah mampu membolehkan kita menjadi pengeluar daging dan susu yang baik di rantau ini. Kita mempunyai pelepah kelapa sawit dan kek minyak sawit sebagai bahan makanan ternakan. Tanah yang luas di ladang-ladang sudah mampu digunakan bila-bila masa untuk projek ini. Namun, ia tidak dilaksanakan kerana ada muslihat tertentu.

Ada gologan manusia yang rakus yang tidak mahukan projek rakyat ini dilaksanakan secara meluas. Inilah sebabnya kita terus bergantung kepada bekalan daging daripada negara luar. Begitulah juga dengan projek ternakan ikan. Sepatutnya kita boleh menggunakan setiap anak sungai di negara ini sabagai tapak ataupun punca air untuk menternak ikan. Tetapi ini tidak dilakukan secara serius kerana adanya muslihat tertentu juga. Kegagalan kerajaan BN untuk mencerna minda dan mempraktikkan segala kepakaran yang ada di negara ini untuk tujuan ekonomi yang secara spontan menaikkan taraf kaum desa, menunjukkan betapa lemahnya perancangan pembangunan negara pimpinan seorang diktataor tua.

Penekanan yang diberikan selalunya tertumpu kepada projek mega kerana modal pembiayaannya yang sedia ada hasil dari keluaran minyak dan gas negara. Sedangkan projek pembangunan desa dan belantara secara terperinci sudah pssti menaikan taraf segolongan besar rakyat marhain di negara ini. Projek demikian tidak diberikan perhatian kerana ia tidak mengenyangkan para kroni dan kekurangan ruang untuk berkollusi. Inilah bahana pimpinan seorang diktator tua yang sebenarnya tidak memandang serius terhadap rintihan rakyatnya. Seperti juga tidak seriusnya beliau terhadap masalah rakyat miskin di kawasan parlimen Kubang Pasu. Jika tidak, masakan masih ada kumpulan rakyat yang menderita di kawasan parlimen itu?..

Kepincangan yang terserlah itu merupakan hanya secebis contoh betapa negara ini sedang tertekan nasibnya untuk berkembang secara 'natural' seperti yang diimpikan oleh rakyatnya.. MAHAFIRAUN terlalu memberi penekanan kepada projek mega yang memberikan penekanan terhadap keuntungan besar kepada para kroninya dan yang memberikan kepuasan kepada egonya. Hari demi hari impian MAHAFIRAUN ini akan terus menjadi igauan yang menjerat kehidupan rakyat marhain di negara ini. Kalau igauan rakyat dibiarkan terus membesar, ia akan menjadi satu bencana kepada negara ini. Seperti juga impian rakyat yang mahukan MAHAFIRAUN berundur.

Apabila MAHAFIRAUN terus engkar, impian itu akan bertukar kepada igauan juga. Igauan yang datang berulang kali dari impian yang menggunung tinggi adalah laksana gempa bumi yang melanda sekala-sekali. Selalunya gempa bumi itu mungkin tidak seberapa besar risikonya. Akan tetapi, gegaran susulan (after shocks) yang pasti muncul selalu mencetuskan bahaya yang amat memudaratkan setiap insan yang terbabit dengannya.

-Jihad 99-

Last changed: December 05, 1999