ReformIS

[ Contents | Post ]

MAHASISWA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WAKIL RAKYAT BARU

From:
Date: 05 Dec 1999
Time: 21:06:11

Comments

MAHASISWA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WAKIL RAKYAT BARU

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Pilihanraya Umum telah pun berlalu dalam suasana aman dan tenteram dan telah menyaksikan percaturan politik baru bagi menghadapi alaf baru.Gamis dan BBMN (Barisan Bertindak Mahasiswa Negara) yang mendokong sebahagian besar aspirasi mahasiswa dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh wakli rakyat baru kerana telah dipilih secara demokrasi bagi mengetengahkan suara rakyat dipersada tanah air.

Kemenangan Barisan Alternatif di Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan lain memperlihatkan betapa pengundi- pengundi di Malaysia semakin matang dan semakin sedar akan hak mereka sebagai pengundi. Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia. Gamis dan BBMN melihat ini sebagai suatu perkembangan demokrasi yang sihat. Penerimaan masyarakat kepada gerakan Islam juga menunjukkan betapa mereka begitu dahagakan perlaksanaan sistem pemerintahan Islam dalam negara kita. Ini juga menunjukkan betapa rakyat sangat mengharapkan nasib mereka diperjuangkan secara bersungguh- sungguh oleh pemimpin yang diangkat oleh mereka.

Akhir sekali, Gamis dan BBMN menyeru kepada semua lapisan rakyat agar sama- sama mempertahankan keamamanan dan kesejahteraan negara kita demi perpaduan umat sejagat. Gamis dan BBMN juga mengharapkan semua wakil rakyat yang baru dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah dan bertanggungjawab bagi menegakkan keadilan buat rakyat Malaysia.

Sekian, Terima Kasih

Urusetia Gamis dan BBMN

Last changed: December 05, 1999