From:
Date: 05 Dec 1999
Time: 21:02:40
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.
PILIHAN-RAYA KE-10 MALAYSIA TERKOTOR DALAM SEJARAH
Dato' Seri MAHAFIRAUN, telah menepati janjinya agar piliha-raya ke-10 ini merupakan piliharaya paling kotor dalam sejarah. Pengundian dijalankan dengan penuh penipuan yang terancang awal daripada hari mengundi, pada hari itu sendiri dan setelah undi dikira sebelum keputusan di umumkan.
MAHAFIRAUN telah mengheret agensi-agensi kerajaan bersubahat sama dalam penipuan ini.
UNSUR-UNSUR PENIPUAN.
Adanya 'Phantom- voters' ataupun pengundi hantu ( terutama dikawasan MAHAFIRAUN sendiri. Ini melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan-raya, SPR, dan Polis.
Adanya orang mengundi 2 kali untuk BN.
Adanya rakyat asing yang tidak berhak mengundi telah mengundi untuk BN dan dibeberapa kawasan telah kenal pasti serta ditangkap.
Identiti 650,000 warga-negara yang telah layak mengundi tetapi tidak mengundi kerana SPR mengatakan masanya telah terlewat untuk dimasukkan dalam daftar pengundi, telah digunakan untuk mengundi BN. Malah identiti mereka ini digunakan 2 kali. Ini melibatkan 1.3 juta pengundi yang boleh untuk BN secara tipu.
Adanya pengundi yang layak tidak dapat mengundi apabila mereka datang untuk mengundi dan diberitahu mereka telah mengundi walhal tidak. Ini bererti adanya orang lain yang menggunakan hak pengundi yang sah untuk memangkah BN.
Adanya suami-isteri yang terdaftar di satu-satu kawasan, malah sejak berpuloh tahun yang lalu dipisahkan kawasan mereka-ada yang ke kawasan orang asli, ada yang ke Ulu Tembeling dan lain lain. Apabila salah seorang malas atau tidak upaya pergi mengundi ke tempat jauh, BN menggunakan hak pengundi-pengundi itu.
Adanya kertas 'wax' -licin berlilin sebagai kertas undi supaya mudah dipadamkan (rub) pangkah yang telah dibuat sekiranya pangkah itu bukan untuk BN.
Adanya kertas undi tebal supaya mudah dipadamkan (kertas tidak mudah koyak) untuk pangkah BN, sekiranya pangkah yang dibuat terlebih dahulu bukan untuk BN.
Menggunakan pencil yang mudah dipadamkan dan adanya pemadam dihujung pensil itu. Ini terdapat dibeberapa kawasan seperti di Melaka agar pangkah undi BA dapat di pindahkan ke BN.
Adanya SB-Special Branch dikalangan anggota SPR pada hari mengundi, mengawasi agar penipuan berjalan lancar, bersiap sedia mematahkan percubaan untuk melahirkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap taktik tipu BN. Dizaman Tunku, Tun Razak, Hussein Onn tidak ada SB campur tangan dalam urusan pilihan raya. Ada anggota SPR sendiri yang telah disingirkan apabila di hari mengundi, dengan perlahan dia menyebut 'Jangan lupa keAdilan' kepada seorang pengundi. Dia terus ditarik keluar dari tempat dia bertugas.
PENIPUAN SEMASA PENGIRAAN UNDI.
Apabila keputusan undi di ketahui selepas pengiraan pertama, seandainya BN kalah calon yang bertanding akan dia tidak puas hati dengan pengiraan itu lalu meminta dikira semula. Sementara itu pihak BN akan berhubung dengan pihak yang menjaga 'undi pos' untuk bersiap sedia membawa undi pos. Jumlah undi pos ini bergantung kepada majoriti yang dicapai oleh BA. Selagi undi pos tak datang calon BN akan meminta dikira semula dan semula sehingga undi pos tiba. Kemudian pegawai SPR berkata 'baiklah, undi pos belum kira lagi, sekarang kita kira undi pos- lalu dibawa kotak undi yang mengandungi 'undi pos' untuk dikira. Undi pos ialah undi tipu digunakan apabila calon BN kalah untuk menangkan calon BN itu. Di Lembah Pantai, pengiraan undi dibuat 5 kali. Pada pengiraan pertama Sharizat kalah setelah pengiraan ke 5 dan setelah dua kotak undi pos datang- dia menang!.
Kotak undi pos mengandungi undi kesemuanya berpangkah BN dan tiada satupun undi rosak. Di Shah Alam, 4 kotak undi pos telah digunakan untuk mengalahkan Ezam. Napsiah Omar di Kuala Pilah sudah menangis di depan orang ramai sehingga undi pos menolongnya. Rafidah Aziz juga begitu. Di Arau Dr. Abd. Aziz Hanafi tewas kerana undi pos. Beberapa banyak pula undi pos untuk Zaleha Ismail dan yang lain-lain?
Undi pos merupakan resource penting BN ia akan hanya digunakan apabila kiraan pertama telah dibuat dan didapati BN kalah. Undi ini tidak boleh dibazirkan kerana hendak menolong calon-calon yang kalah pada pengiraan yang pertama. Di negeri-negeri yang Pas kuat putar belit ini, bak kata orang Kelantan ' Tak Ado Arohlah' that is to say - No Way!
Kerusi Parlimen Kubang Pasu- the hot seat. Calonnya sebenarnya telah kalah kalaulah tidak kerana i) undi polis ii) undi askar iii) undi hantu dan iv) undi tipu.
Nasib baik Najib Tun Razak mendapat majoriti kecil sedangkan BN memang mahu tentang dia supaya senang Badawi naik.
Bilangan calon BN yang menggunakan undi pos ramai sekali. Ada yang tidak sempat menggunakan undi itu untuk muka-muka lama.
CERITA LUCU-
Muka Anuar Musa memang muka kalah. Kali ini nak jadi senator untuk terus jadi menteri dah tamat tempoh (khabarnya BN akan pinda perlembagaan membolehkan seseorang itu menjadi senator untuk tempoh yang lebih lama -supaya boleh menjadi menteri -supaya sokongan berterusan lebih lama diberikan kepada MAHAFIRAUN. Dalam kesungguhan BA memperjuangkan soal kesahihan pengiraan undi dan keputusan pilihanraya Anuar Musa muncul dengan cerita dongengnya -kononnya dia telah kertas-kertas undi yang tidak diserahkan untuk dikira selepas pengundian tamat. Lucu lagi apabila dia mengatakan kertas-kertas undi diserahkan oleh seorang yang tidak tidak di kenali. Kenapa tidak bawa orang itu ke ketengah kerana hal ini hal penting. Atau orang suruhan BN.
Bukankah MAHAFIRAUN telah menegaskan bahawa SPR berwibawa, boleh menjalankan peranan dengan licin dan cekap. Kenapa ini berlaku?. Tak mungkin ini berlaku- hanya ditimbulkan setelah ramai calon BA memaparkan calon BA perkara sebenar berlaku berhubung dengan keputusan pilihanraya. Di negeri-negeri lain yang di kuasai BN tidak ada pun undi yang tidak serahkan timbul. Kalau soal ini timbul 'impact' nya jatuh keatas SPR dan kerajaan yang dikatakan begitu mantap untuk mengendalikan pilihanraya.
MAHAFIRAUN menyatakan bahawa pemerhati asing tidak perlu kerana kita sendiri mantap mengendalikan pilihanraya. Sebenarnya tujuan MAHAFIRAUN ialah untuk menipu supaya BN menang. Biar apapun MAHAFIRAUN, BN, dan rakyat jelata kini sedar akan kekuatan BA sejak kezaliman keatas Anwar Ibrahim dilakukan.
Mengikut anggaran (berdasarkan undi pos yang memuntar-belitkan keputusan) BA memenangi 100 kerusi dalam piliharaya kali ini. BA lah kerajaan baru-perubahan yang dinanti-nantikan.
MAHAFIRAUN telah 'membeli' ramai pihak/petugas menjadi anjing-anjingnya sejak Anwar Ibrahim disingkirkan dan pilihanraya kali ini. Anjing-anjing itu pandai bercakap, kerana tidak semua yang bersetuju dengan tipu-helah MAHAFIRAUN. Tapi awas, kalau tidak cukup makan dan apabila anjing-anjing itu lapar merekan akan menyalak dan mengigit tuannya.
SPR jelas bukan badan bebas, tetapi anjing kerajaan yang segera memadamkan nama-nama pengundi online sebaik saja pilihanraya berakhir supaya sukar diketahui putar belit mereka.
Saya mencadangkan supaya semua calon BA yang patut menang, dalam pilihanraya kali ini bersatu dan membawa kes kes masing masing ke muka pengadilan. Kesahihan jumlah undi bagi satu-satu kawasan itu boleh diketahui dari jumlah pengundi yang berdaftar dan peratusan yang mengundi serta undi rosak. Undi pos , undi polis, dan undi askar juga harus dan dapat dikenal pasti dan jumlah mereka . Sila bawa hal ini kepengetahuan ramai dan masyarakat antarabangsa.
Keen observer