ReformIS

[ Contents | Post ]

Perasuah Rafidah buka mulut

From:
Date: 05 Dec 1999
Time: 20:41:55

Comments

"Apabila mereka (Amerika) enggan mengiktiraf kemenangan BN, yang boleh kita anggap cemerlang, kerana bukan senang untuk mendapat dua pertiga, maka kita semakin terus wasangka bahawa mereka akan sentiasa mempunyai kepentingan di negara ini," katanya.

"Mereka (Amerika) lebih memberi perhatian untuk memberi tahniah kepada pembangkang," katanya.

"Agaknya ini menyebabkan mereka (Amerika) menganggap lebih baik menyokong orang-orang yang mudah di lentur. Kita di BN tidak boleh dilentur kerana kita tidak mahu diperkecil-kecilkan, dijadikan kerbau cucuk hidung," katanya.

"Ini campur tangan secara langsung. Kita (Malaysia) bila negara dia (Amerika) bertanding dalam pilihan raya, presidennya kena pergi mahkamah dan sebagainya, kita tidak pernah peduli, tak buat komen pun," kata Rafidah.

+ Kita nak tanya Rafidah, kan banyak negara lain beri ucapan tahniah kepada MM. Apakah ini menunjukkan bahawa BN dapat sokongan asing? Nampaknya pendapat Rafidah begitu jumud sekali. Apa dia ingat rakyat lupa tentang kes-kes rasuah yang dilakukannya secara terang-terangan. Mana rakyat boleh lupa dan memaaafkan beliau?

Last changed: December 05, 1999