ReformIS

[ Contents | Post ]

KeADILan lancar  program 'Keadilan Bersama Rakyat Menuju Ke Alaf Baru'

From:
Date: 05 Dec 1999
Time: 20:27:39

Comments

Presiden Parti Keadilan Nasional Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail malam ini melancarkan program Keadilan Bersama Rakyat Menuju Ke Alaf Baru bertujuan memberi penerangan kepada rakyat mengenai parti itu dan perjuangannya.

Katanya dengan pelancaran itu, jentera parti berkenaan akan bergerak ke seluruh negara untuk mendekati orang ramai khususnya golongan muda.

Berucap pada satu majlis bersama rakyat di sini, Dr Wan Azizah berkata walaupun parti itu hanya memenangi lima kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum 29 Nov lepas, ia akan tetap meneruskan perjuangannya.

Katanya prestasi Keadilan itu menunjukkan rakyat menerimanya. Isteri bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga berkata sasaran barisan pembangkang pada pilihan raya akan datang ialah untuk mengambilalih pemerintahan negara.

+ KeADILan telah melancarkan program ini di tapak parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang. Kehadiran 3,000 rakyat dalam majlis yang pertama kali dibenarkan dalam dewan ini menunjukkan bahawa semangat juang rakyat untuk tegakkan keadilan masih utuh.

+ ucapan sulung DUN Hulu Kelang, YB Azmin Ali melahirkan keyakinan bahawa parti KeADILan tetap hidup dan berjaya menggegarkan senario politik dalam air. Dia juga memberitahu bahawa Zaleha Ismail akan menganaktirikan DUN Hulu Kelang dan DUN Gombak Setia. Namun rakyat ingin memberikan mesej jelas kepada dia bahawa dia menang di Gombak kerana undi tipu.

+ ucapan Sdr Ezam juga membakar semangat hadirin khususnya anak-anak muda. Program Keadilan Bersama Rakyat Menuju Ke Alaf Baru akan digerakkan oleh jentera pemuda KeADIlan dan mereka akan menjelajah ke seluruh negara untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

+ YB Datin Seri Wan Azizah juga mengatakan keazaman parti KeADILan untuk terus berjuang supaya tampuk pemerintahan negara 4-5 tahun akan datang akan menjadi milik BA. Kejayaan KeADILan dalam memberi corak baru senario politik Malaysia adalah dikagumi. DSAI juga berbangga dengan kebangkitan rakyat untuk mendapat pembelaan daripada pimpinan BN yang rakus dan hina.

Kepada semua penyokong BA khususnya KeADILan, kuatkan jentera dan bertindak mulai sekarang untuk menerangkan kepada semua rakyat mengenai perjuangan menegakkan keadilan.

Percayalah dalam pilihanraya akan datang, BA akan memerintah kerana rakyat telah menolak BN.

Last changed: December 05, 1999