From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:09:50
Kenyataan Dr Abdul Rahim Ghouse
MASA DEPAN UNTUK BA
Pilihanraya ke sepuluh berlalu dengan penuh keraguan terhadap keputusan kemenangan calun-calun BN. Calon-calon BA sekarang sedang meneliti pengundi-pengundi pos dan pengundi pengundi hantu dalam kawasan masing-masing dalam rangka membawa ke mahkamah apa-apa saja bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihanraya yang lepas. Walaupun kita tahu bahawa mahkamah masih dikuasai oleh MAHAFIRAUN tetapi tanggung jawab kita menuntut keadilan melalui mahkamah mesti diteruskan. Ini akan memastikan SPR lebih telus dan kita berharap pilihanraya yang ke sebelas nanti akan berjalan dengan lebih adil dan bebas dari campurtangan kerajaan BN.
Pilihanraya ini juga telah menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi takut dan gentar terhadap segala tekanan tekanan dari MAHAFIRAUN. Guru guru, pegawai kerajaan, pegawai pegawai tentera sudah berani melahirkan sokongan kepada BA. Ada pegawai tentera yang meminta agar undi mereka tetap sulit dan tidak lagi dipaksa mengundi BN. Guru-guru yang begitu prihatin terhadap masa depan anak anak murid mereka bersedia menyatakan sokongan kepada BA. Ramai pensyarah-pensyarah universiti dan juga pegawai pegawai kerajaan yang turut memberi bantuan dalam kempen untuk BA baru baru ini.
Sudah pasti MAHAFIRAUN tidak dapat bertahan lagi. Dia pun sudah tua, nyanyok, semakin sombong dan angkuh. Orang-orang UMNO dan pemimpin-pemimpin komponen BN pun sudah meragui kemampuannya untuk terus memimpin negara dan UMNO. Tekanan daripada rakyat untuk beliau berlaku adil terhadap bekas timbalan beliau Anwar Ibrahim akan terus meluap di kalangan rakyat. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya berita kemenangan UMNO ialah kerana undi pos dan pengundi-pengundi hantu . Lagipun generasi muda sudah tidak dapat menerima UMNO lagi. Mahasiswa- mahasiswa serta cendiakawan-cendiakawan dan golongan profesional lebih menerima BA dari BN. Di kawasan luar bandar sokongan rakyat terhadap BA semakin padu dan terus meningkat. UMNO akan bergolak dan berpecah. UMNO adalah parti di mana pemimpin-pemimpinnya cuma mementingkan diri sendiri. Akhirnya rakyat akan menolak UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan. UMNO akan terkubur. Tunggulah masanya.
Kita telah memulakan perjuangan dengan kesedaran bahawa kezaliman ke atas Anwar bermakna tiada seorang dari kita pun yang boleh terlepas dari dizalimi, difitnah dan dihina sebegitu rupa oleh MAHAFIRAUN. Kita telah menuntut agar MAHAFIRAUN berundur serta tindakan dikenakan ke atas penyamun-penyamun harta rakyat. Kita telah melahirkan perasaan kita menerusi kebangkitan rakyat melalui perhimpunan secara aman. Kemudian kita memberi kesempatan kepada proses demokrasi melalui pilihanraya umum ke sepuluh. Tetapi bukan hanya mahkamah, polis, AG, bahkan SPR juga telah dipergunakan oleh MAHAFIRAUN untuk terus berkuasa. Apakah kita masih rela melihat MAHAFIRAUN terus memerintah?
Agenda utama gerakan reformasi ialah untuk terus berjuang menyuarakan hak-hak rakyat serta melawan segala bentuk kezaliman dan penyelewengan dalam pemerintahan MAHAFIRAUN. Kes Anwar Ibrahim akan berterusan. Beliau tetap akan dihukum oleh mahkamah MAHAFIRAUN . MAHAFIRAUN ingin Anwar terus merengkok dalam penjara. Kita tidak boleh berdiam diri. Kesihatan dan keselematan, pemimpin kita dan bakal Perdana Menteri kita sudah pasti tidak selamat. Rakyat mesti terus menuntut Anwar dibebaskan. Malangnya, Anwar dikurung, sedangkan kumpulan mafia MAHAFIRAUN terus bebas.
Di sinilah peranan ahli-ahli Parlimen BA untuk mendedahkan segala kepincangan dan mengutarakan alternatif baru dalam parlimen. Kepincangan- kepincangan dalam pemerintahan MAHAFIRAUN mesti terus didedahkan. Ahli Parlimen dan ADUN BN akan cuma mempertahan dan melanjutkan kepentingan pemerintah yang berkuasa. Mereka sudah terikat, tidak bebas dari pengaruh dan penguasaan MAHAFIRAUN. Mereka cuma menjadi tukang mengiya MAHAFIRAUN sahaja. Mereka akan berdiam diri dan cuma sanggup menjadi penonton pada kezaliman yang dilakukan oleh MAHAFIRAUN ke atas rakyat. Inilah yang akan membedakan ahli Parlimen BA dari ahli Parlimen BN. Ahli Parlimen dan ADUN BA memperjuangkan apa yang dituntut oleh rakyat dan akan menggegarkan parlimen dengan isu isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Rakyat sekarang sudah berada di tengah-tengah peristiwa politik dan bukan lagi penonton semata mata. Rakyat mest terus menggunakan hak hak dasar kewarganegaraan khususnya hak berpendapat, hak berkumpul dan hak berorganisasi untuk terus berjuang untuk menegakkan keadilan. Pakatan BA adalah aspirasi generasi muda serta rakyat amnya. Pemimpin BA mestilah berpakat, bergandingan bahu dan menjalankan program yang terus membangunkan politik kerakyatan.
Di samping itu internet akan tetap menjadi alternatif media bagi rakyat. Cengkaman MAHAFIRAUN ke atas media dapat kita atasi dengan memanafaatkan internet sepenuhnya.Visi awal penggerak-penggerak laman-laman reformasi ialah MAHAFIRAUN adalah diktator yang pertama jatuh kerana internet. Internet telah berperanan dan akan terus berperanan menjelang abad ke 21. Internet juga akan menjadi forum penting yang akan terus membangunkan proses dan kesedaran demokrasi di negara kita ini.
Pilhanraya ke sebelas akan berlaku dengan kemenangan di pihak BA. Tanda-tanda kemenangan telah ujud. Marilah kita berjuang untuk menjatuhkan MAHAFIRAUN yang zalim itu dan menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri kita. Masanya akan tiba, insyaAllah!