ReformIS

[ Contents | Post ]

Ada Hikmah Disebalik Yang Terjadi

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:08:56

Comments

Ada Hikmah Disebalik Yang Terjadi

Disini saya ingin berkongsi pandangan tentang keputusan pilihanraya yang baru lalu. Walaupun pun Barisan Alternatif belum dapat menawan dan membentuk kerajaan Malaysia yang baru, namun kita patut bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah Subhanawataala. Peningkatan kerusi BA di Parlimen dan Negeri dan kejayaan cemerlang BA di Terengganu dan Kelantan cukup menyakinkan kita bahawa langkah seterusnya harus diambil dalam memperkuatkan dan memantapkan jentera Barisan Alternatif untuk menawan Parlimen Malaysia dan seterusnya membentuk Kerajaan baru. Kalau ditakdirkan BA menang keseluruhannya dan berjaya membentuk Kerajaan Malaysia yang baru berkemungkinan (hanya Allah yang tahu) terjadi sesuatu yang tidak ingini terhadap rakyat dan negara ini.

Biarlah Pas memerintah Kelantan dan Terengganu dengan jayanya dan apabila segala kebaikan diperolehi di Terengganu dan kelantan,seluruh rakyat Malaysia akan mengangkat tangan tanda setuju tentang kerajaan yang dipilih. Apa tidaknya, kalau semua rakyat berpuas hati siapa pula yang tidak bersetuju. Keadaan hidup meningkat, ekonomi mantap, dan segala keperluan senang diperolehi. Oleh itu teori domino tidak perlu dipertikaikan dalam menuju matlamat suci Barisan Alternatif

Last changed: December 04, 1999